in

“Tak dibius” – Wanita Kesal Bawa Berkhatan Cara Tradisional, Anak Alami Pend*rahan Teruk Selepas Bersunat

sunat tradisional tak bius

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sunat atau khatan merupakan satu perbuatan ibadat yang wajib dilakukan dan dituntut dalam agama Islam. Pada masa kini, proses berkhatan dilakukan dengan kaedah moden seperti sunat laser.

Tapi, masih ada sebahagian tempat mengamalkan berkhatan secara tradisional untuk menghidupkan budaya zaman dahulu.


Artikel berkaitan: “Steady dik!” – Gelagat Budak Lelaki Baca Qunut Nazilah Ketika Berkhatan Undang Perhatian Ramai

Menyesal bawa anak berkhatan cara tradisional

Namun, kaedah berkhatan secara tradisional yang dialami kanak-kanak ini meninggalkan pengalaman traumatik kerana terpaksa menanggung kesakitan yang teruk.

Menerusi perkongsian ibunya di TikTok, pada mulanya dia bercadang membawa anaknya ke klinik seperti abangnya dahulu, tetapi kanak-kanak itu memilih untuk merasai pengalaman berkhatan secara tradisional bersama rakan-rakan.

Malangnya, kaedah tersebut tidak melibatkan bius dan menggunakan kaedah tradisional yang menyakitkan.

Screenshot 2025 01 24 160510

“Selepas potong tok mudim ada letak macam ubat ke apa tak tahu tapi warna coklat macam daun pun ye tanah liat pun ye. Tapi tak pasti. Kemudian bawah tu diletak tisu. Pastu angkat anak-anak ni letak di toto masing-masing dan alaskan surat khabar tunggu sampai kering.

“Allah je tahu keadaan masa tu. Ada tiga, empat budak yang berdarah, pembantu akan angkat dan tok mudim akan jahit tanpa bius… Allah meraung budak-budak. Umi tak sanggup dengar. Ada ibu bapa sampai tutup telinga,” tulisnya.

Buat pembedahan jahit semula luka

Selepas prosedur itu, anaknya mengalami pendarahan serius yang tidak berhenti meskipun diberikan rawatan asas oleh pembantu tok mudim.

Akhirnya, wanita tersebut membuat keputusan membawa anaknya ke klinik, namun kesakitan yang dialami memaksa mereka dirujuk ke hospital besar di Pulau Pinang.

“Doktor di hospital sangat lembut dan mengambil langkah berhati-hati. Anak saya perlu menjalani pembedahan untuk menjahit semula luka yang tidak sempurna dan membuang darah beku. Walaupun proses itu menakutkan, saya bersyukur semuanya berjalan lancar,” katanya lagi.

@mas_3ns

Assalamualaikum Ibu ayah semua jadikan kisah saya pengajaran untuk semua 19/1/2025 Anak Sy sunat beramai2 pada asalnya Sy nak sunat di klinik sbb abg dia dulu dengan doktor so mudah. tapi Anak no 2 ni dia nak rasa sonok kwn ramai mandi bomba….tapi sunatnya tanpa bius ye..saya ulang TANPA BIUS…buat dengan tok mudim.. Anak2 seramai 74 org semuanya…bayangkan macam mana anak2 ni menjerit2 kesakitan…zaman dulu anak2 lain Dan ada cara tradisional yang buatkan kebas dll…tapi ini tak ada sekadar makan ubat 1 biji n sembur apa tak pasti. Selapas potong tok mudim ada letak macam ubat ke apa tak Tau warna coklet mcm daun pun ye tanah liat pun ye…tapi tk pasti…kemudian bawah tu d letak tisu…pastu angkat anak2 ni letak d toto masing2 Dan Alaskan surat khabar n tggu spi kering…. Allah je tahu keadaan masa 2.. ada 3, 4 org yang bleeding pembantu akan angkat Dan tok mudim akan jahit tanpa bius Allah meraung budak2..Umi tak sanggup dengar…ada parent spi tutu telinga… benda ni jd trauma pd anak2…percayalah…sian anak2 Kecik… jadi Anak Sy pun d cek semula n Masih ada darah yg keluar…pembantu tu letak mcm air daun kot n Anak Mula nagis lagi…pastu ok n bawak masuk dalam kereta…bleeding banyak sgt pembantu letak minyak n darah stop tp papper penuh darah spi tembus kena seat kereta… Sy ambik keputusan bawak klinik Dan doc Cuba utk bantu …mula2 ok tapi bl dia gerak bleeding semula…tapi proses tu sangat menyakitkan sbb Anak Sy menjerit meronta sakit walaupun doctor buat sehabis lembut dah sbb kesan Dr Luka sunat 2…. akhirnya doktor mintak bawa ke hospital besar penang sbb sana ada pakar Dan blh bagi tido so Anak tkkan rasa sakit n sng doktor nak buat keje.. Sy tiada pilihan utk kebaikan Anak…sampai d kecemasan alhamdulillah doctor ok baik2 lembut2 je….memang doktor tak sentuh…doktor tengok2 n ambik gambar anta pada pakar bedah…so doktor kata kena tahan wad sbb esok kita bt opretion nak jahit betulkan yg tak cantik n buang darah beku yg ada sbb dah bengkak atas dia… Esoknya 20/1/25 Anak Sy masuk bilik opretion Sy teman dia sehinggalah doktor bagi ubat tido…Dan doktor mintak keluar sbb nak masukkan tiub dalam mulut..dia tk blh nafas sendiri kena nafas pakai bantuan mesin..jadi selesai pembedahan dokor kejutkan dia n dia separa sedar baru doctor cabut tiub d mulut n pakai oksigan biasa…. Doktor panggil Sy masuk tengok Anak…n doktor kata akan pantau oksigan dia sbb drop….tapi doktor kata tunggu dulu bagi dia stabil n naik baru kita bukak oksigan bila dia boleh nafas dengan baik..masa nafas 2 dia nafas dalam n bunyi macam berdengkur kuat spi kedalam tengkuk Dia dalam masa yang sama dia menggigil sbb terlalu sejuk bilik pembedahan 2…. Doktor pasang pemanas pada badan dia….Sy sgt sgt lah risau..tapi akhirnya alhamdulillah dia stabil nafas cantik…syukur hanya Allah yg tahu betapa leganya hati seorg ibu..bila Anak dah stabil baru tolak ke wad biasa Alhamdulillah lepas opretion tu Luka dia sangat cantik tak ada basah pun elok licin… alhamdulillah syukur sgt2 part paling takut bila oksigen dia drop Ibu ayah semua…kl blh sunatlah cara moden biar ada bius sian anak2 kita trauma..risiko tanpa bius ni sgtlah tggi….utk tukang khatan 2 TOLONGLAH ada sedikit hati n perasaan….Jangan ambik mudah…nyawa budak masa depan budak…TOLONGLAH ..Sy sebagai Ibu tak sanggup tengok anak2 meraung kesakitan jahit tanpa bius…benda ni akan jadi sejarah hitam dalam hidup anak2… 1 lagi Sy nak pesan pd yg single mom or dad…TOLONGLAH ambik tahu pasal anak2 anda walaupun bukan bawah jagaan anda cukuplah tnya keadaan anak2…tak mintak duit pun….cukup mendoakan keselamatan Dan kebaikan anak2 anda…. kepada semua sahabat2 doakan anak2 Sy d beri kesihatan yg baik…doakan kebaikan untuk anak2 Sy…doakan kesejahteraan Dan kebhgiaan anak2 Sy…segala doa yang baik2 Allah akan balikkan kebaikan pd anda semua …terima kasih sahabat syg Sy…. #fyp #rindumak #berjuangsendiri #luaskanrezekikami #bahgiadisyurga

♬ original sound – AKI Seruling – AKI Seruling

Selepas pembedahan, wanita itu meluahkan kebimbangannya kerana anaknya mengalami penurunan oksigen, namun tidak lama kemudian anaknya kembali stabil.

Disebabkan pengalaman menyakitkan itu, wanita tersebut menyeru ibu bapa lain supaya memilih kaedah berkhatan moden yang melibatkan bius untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.