in

“Tak dianggap tunggang agama” – Ustazah Asma’ Harun Jelaskan Isu Selipar ‘Muslim Friendly’

feature1.1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, viral di media sosial apabila aplikasi TheNoor telah melancarkan selipar Muslim Friendly dengan kerjasama jenama terkenal iaitu Fipper. Ramai juga yang mempersoalkan apa yang mesra Muslim dengan selipar tu sebab rekaan selipar sebegitu dah lama ada di pasaran. 

selipar 2

Setelah kedua-dua pihak tersebut tampil menjelaskan bahawa ianya Muslim Friendly sebab ia sesuai untuk muslimah yang pakai stokin, kali ini Ustazah Asma’ Harun iaitu pendakwah bebas juga telah menjelaskan tentang isu ini.


selipar 3

Menurut Utusan Malaysia, beliau berpendapat tak salah dalam syariat untuk menggunakan terma Muslim Friendly tersebut untuk menjual sesuatu produk.

Ianya bergantung kepada tafsiran dan perspektif masing-masing,” katanya.

Pada pendapatnya, terma Muslim Friendly yang digunakan untuk mempromosikan selipar tersebut boleh membawa makna bahawa ianya sesuai untuk wanita yang mahu berstokin ketika memakai selipar.

https://www.instagram.com/p/CNXDesyh6dl/?igshid=1mqvz86f548ck

Selain itu, ustazah ini juga berpendapat yang penggunaan term ni jugak bukanlah satu benda yang teruk sehingga perlu melabel seseorang macam menunggang agama sebab ianya tak melanggar syariat agama.

Jadi, apa pulak pendapat korang tentang isu ni? Ada yang dah beli ke selipar ni? 

Sumber: Utusan Malaysia

Baca: “Sesuai untuk muslimah pakai stokin” – Fipper & Aplikasi The Noor Beri Penjelasan Isu Selipar ‘Muslim Friendly’

selipar

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.