in

Tak Dapat Main Liga Juara-Juara Eropah, Cristiano Ronaldo Bakal Tinggalkan Manchester United?

3cr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bintang bolasepak terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo dilaporkan telah memohon secara rasmi untuk meninggalkan kelabnya, Manchester United.

Spekulasi mengenai masa depan Ronaldo di Manchester United dilaporkan media Eropah selepas kegagalan kelab itu untuk layak ke Liga Juara-juara Eropah. Menurut laporan dari ESPN, pemain berusia 37 tahun itu percaya dia masih boleh bermain secara kompetetif di peringkat elit untuk tiga ke empat tahun lagi.


Screenshot 2022 07 03 at 3.48.34 PM

Untuk rekod, Ronaldo kembali menyertai semula Manchester United pada jendela perpindahan pemain awal musim lepas dari kelab Itali, Juventus. Perpindahan Ronaldo juga dikaitkan dengan beberapa kelab bolasepak besar Eropah yang lain, termasuklah Chelsea dan Bayern Munich.

Walau bagaimanapun, pengendali baru The Red Devils, Erik ten Hag menegaskan pemain Portugal itu adalah sebahagian daripada pemain dalam rancangannya untuk merebut gelaran juara liga dalam musim akan datang. Screenshot 2022 07 03 at 3.48.41 PM

Sementara itu, Manchester United dalam satu laporan menyatakan penyerang mereka itu bukan untuk dijual.

 

Baca: Didakwa Hempas Telefon Peminat,  Cristiano Ronaldo Mohon Maaf & Mahu Belanja Tiket Kepada Mangsa

Screenshot 2022 07 03 at 3.45.32 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.