Bekas personaliti TV3 yang terkenal tak lama dahulu mengacarakan rancangan Money Matters, Zalina Azman telah dilaporkan hilang.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim, anak Zalina, Mikhael Norman telah pun melaporkan kehilangan ibunya ini sejak 29 November lalu selepas gagal dihubungi, lapor FMT.
Dikatakan, Iqbal dan pakciknya telah pergi ke rumah Zalina di Seksyen 3 Shah Alam dan hanya menemui keretanya yang diletakkan di tepi rumah.
Pemeriksaan yang dibuat di sekitar rumah tersebut juga menemui keadaan rumah yang tak teratur serta kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kunci kereta dan wang tunai berjumlah RM600 masih ada di sana.
Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan sejak November lalu untuk mengesan Zalina, ia tetap gagal.
Pihak polis telah pun mengeluarkan notis orang hilang ke atas Zalina dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat SJN Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.
Rakan selebriti mohon orang ramai bantu cari Zalina
Selain itu, beberapa selebriti seperti Datuk Ras Adiba Radzi dan Datuk Aznil Hj Nawawi juga turut menyeru orang ramai untuk sama-sama membantu mengesan keberadaan Zalina dan berharap wanita tersebut berada dalam keadaan selamat.
https://www.instagram.com/p/CgJ1AbKpyQW/
https://www.instagram.com/p/CgKXVdClCl4/?hl=en
Harapnya dengan usaha orang ramai, Zalina dapat ditemui dalam keadaan baik.
Baca: Ras Adiba Gesa ‘Kak Long’ Minta Maaf & Buat Aktiviti Amal Lepas Viral Hina OKU