Kedai kopi merupakan satu premis yang unik di mana boleh dijadikan tempat perbincangan pelbagai topik dan dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat umur.
Pun begitu, baru-baru ini sebuah kedai kopi di Alor Setar mengundang pelbagai reaksi ramai selepas tular notis yang melarang pelanggannya daripada berbincang mengenai politik di premis tersebut.
Notis yang ditampal di dinding kedai bernama Kedai Kopi Shi Gong ini tertulis “Kedai ini melarang keras perbincangan tentang politik” telah menerima pelbagai reaksi yang kebanyakannya menyokong penuh larangan tersebut.
Tidak dinafikan ada pula yang menyifatkan sesi ngopi tanpa perbincangan tentang politik adalah membosankan.
Menurut laporan China Press, pemilik kopitiam yang dikenali sebagai Chen menjelaskan notis tersebut sebenarnya bukanlah dinaikkan olehnya tetapi ia ditampal oleh salah seorang pelanggan tetap kedai tersebut selepas berlaku perdebatan.
Tambahnya lagi, telah berlaku perdebatan antara pelanggan tetapnya yang merupakan dua penyokong parti politik dan disebabkan perkara itu, salah seorang daripadanya telah meminta kebenaran untuk menampal notis tersebut.
Selepas 2 jam, datang pula seorang lagi pelanggan yang turut ingin menampal notis yang sama namun Chen hanya membenarkan satu notis sahaja ditampal.
Awalnya, notis tersebut telah menyebabkan ramai pelanggan mempersoalkan larangan berkenaan dan Chen menegaskan kedai kopinya sebenarnya terbuka untuk perbincangan tentang politik.
Tambah Chen lagi, dia sebenarnya ingin mencabut notis berkenaan selepas dua pelanggan tersebut pulang, namun tidak sempat berbuat demikian disebabkan sibuk dan kemudian terlupa akan notis tersebut yang kemudiannya telah diambil gambar dan tersebar di media sosial.
Menurutnya, selepas notis berkenaan tular, salah seorang pekerjanya telah membuang notis berkenaan.
Baca : “Pehh takut tengok!” – Netizen Terpegun Lihat Warung Jual Roti Canai Sebesar Dulang Di Melaka