Selama ni kita nampak lelaki ni chill je, tapi bila sekali merajuk memang lain macam. Boleh dikatakan ia satu kejadian rare bila ianya berlaku macam kawan si @itsmeyai_98 ni.
Merajuk dengan kawan
Rakaman video dari TikTok ini menunjukkan kawan kepada lelaki yang dikenali sebagai Yai ini dilihat memberikan handphone kepada rakannya yang lain ketika sedang elok berborak di kedai makan sebelum berlalu pergi.
Melihat kelakuan kawannya yang merajuk itu, ramai netizen terhibur terutamanya golongan wanita yang anggap ia satu perkara comel dalam persahabatan kerana ia jarang berlaku, ya lah selalunya kan perempuan je yang merajuk.
https://www.tiktok.com/@itsmeyai_98/video/7027834376125713691?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Biarpun melihat cara lelaki itu merajuk dilihat nampak serius, ramai yang memuji lelaki itu kerana bagi netizen, orang macam ini lah yang betul-betul ikhlas dalam persahabatannya.
Memandangkan video itu viral sehingga meraih lebih daripada 505K jumlah tontonan dan lebih 600 jumlah perkongsian, ramai netizen yang tertanya-tanya punca si sahabat itu merajuk. Disebabkan itu, Yai tampil menjelaskan perkara sebenar.
Merajuk sebab salah inform kedai makan
Kisahnya adalah, telefon bimbit salah seorang rakan Yai rosak dan ingin meminjam telefon lain daripada si merajuk itu, kemudian si merajuk pun nak bagi dan minta jumpa dekat kedai mamak yang mereka biasa lepak.
Tetapi, dalam hal ini dilihat seperti mereka ada beberapa tempat yang mereka selalu nak lepak, jadi ceritanya adalah masing-masing salah dapat info, dia minta jumpa kedai mamak lain tetapi Yai dan rakan-rakannya pergi ke kedai lain. Meh dengar penjelasan Yai…
https://www.tiktok.com/@itsmeyai_98/video/7028549741264850203?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Maka terjadilah insiden macam dalam video yang pertama itu. Apapun, Yai memaklumkan bahawa ikatan persahabatan mereka tidak terjejas dan sehingga kini hubungan mereka baik-baik sahaja.
Hurm, kalau nak bermusuh buat apa dia bagi pinjam phone kan?