Petai di negara kita sangat terkenal dan lazim nya dibuat sebagai ulam dan bahan dalam masakan. Tapi tahukah anda bahawa petai sekarang dah dibuat jadi aiskrim.What…
Ya, selain durian, petai juga mempunyai bau yang kuat. Cuba korang bayangkan aiskrim durian. Ya, memang menggugat iman, tapi bagaimana pula dengan perisa petai?
Menerusi satu posting di Facebook, aiskrim ini dijual sangat limited dan hanya beberapa outlet sahaja yang ada.
Aiskrim ini menjadi tular kerana ‘kepelikan’ perisanya. Ada yang turut meluahkan bahawa perisa petai itu tidak sesuai untuk dijadikan sebagai pencuci mulut.
Walaupun begitu, korang patut try dulu mana tahu sedap kan…