Bukan mudah menjadi seorang perempuan, kan? Bak kata orang, kena tahu serba-serbi semua perkara. Daripada menjaga kecantikan diri, bekerjaya dan juga pandai memasak di dapur.
Namun baru-baru ini, tular satu rakaman daripada rancangan Wanita Hari Ini (WHI) yang memaparkan dua orang pengacara program itu sedang menyiang ikan.
Video itu mendapat perhatian ramai apabila ada di antara netizen mengkritik pengacara tersebut tidak pandai menyiang ikan dan mengatakan mereka mungkin tidak pandai memasak di dapur.
Artikel berkaitan: Che Nom ‘Sekolahkan’ Mentua Pandang Rendah Menantu Masak Ikut Video
Artikel berkaitan: “Setiap hari saya masak” – Puteri Sarah Akui Suka Tunjuk Rajin Memasak Masa Awal Kahwin
Aq yang lelaki ni pun tau siang ikan…klu gini la alamatnya tk berasap la dapur ???? pic.twitter.com/EznrgMm1NP
— 요시로 왕자 (@Cool_Wannabe82) December 21, 2023
“Mati dua kali ikan tu”
Ada di kalangan netizen bersetuju dengan komen individu di atas dan mengatakan bahawa cara mereka menyiang ikan nampak agak kekok serta kemungkinan besar mereka ini tidak selalu memasak di dapur.
“I tak tahu siang ikan. Tapi pandai masak, berasap je”
Walau bagaimanapun, pandangan netizen di atas telah dibidas oleh netizen lain yang mendakwa tidak semestinya tidak pandai menyiang ikan, seorang wanita itu tidak pandai memasak.
Malah ramai yang ‘back up’ pengacara ini dengan mengatakan suami juga patut bantu untuk siang ikan jika isteri tidak pandai dan kalau nak lebih mudah, suruh saja pekedai siangkan ikan siap-siap lepas dibeli.
Apa pendapat korang tentang isu ni? Rasanya wajib ke semua perempuan tahu siang ikan?
Sumber: X