Berkenaan dengan isu yang sedang terpalit ke atas dirinya yang dikatakan telah menengking staf di sebuah festival raya di Singapura, tuan empunya badan iaitu pelakon dan usahawan, Betty Rahmad akhirnya buka mulut.
Tegas Betty, insiden yang berlaku hanya salah faham dan bukan seperti mana yang digambarkan oleh individu yang membuat dakwaan tersebut.
Artikel berkaitan: “Customer semua nampak” – Peniaga Singapura Dakwa Betty Rahmad Kurang Ajar, Jerit Dekat Staff
Artikel berkaitan: “Laju je buat andaian” – Tular Video Jeling Ruhainies, Betty Rahmad Selar Kenyataan Netizen
“Saya bercakap dengan kawan saya kalau nak sesuatu, tak boleh expect duduk situ dan orang datang dekat dia.”
“Jadi saya ajar kawan saya untuk cakap ‘I want this’ kalau nak minta sesuatu. Saya percaya korang ada kawan jenis macam ni.”

Dalam satu sesi live di TikTok miliknya, Betty turut menegaskan bahawa dakwaan yang dibuat oleh individu yang bernama Alif itu tidak berasas kerana tidak menceritakan keseluruhan kejadian di lokasi.
“Dalam video yang owner itu buat, sangat tak berasas, menimbulkan fitnah dan syak wasangka. Ia berbeza dengan cerita yang saya kongsi sekarang.”
“Orang itu hanya cerita yang pergi dan cakap ‘I want this!’, sampai situ saja. Tak ada cerita sebelum dan selepas kejadian.”

Oleh itu, Betty memohon maaf jika salah faham yang berlaku telah membuatkan mana-mana pihak rasa tersinggung.
Sumber: mStar Online
