Selain nasi, telur ayam juga merupakan salah satu makanan ruji rakyat Malaysia. Kalau tak tahu nak makan apa atau tak ada selera makan, buat je telur kicap makan dengan nasi panas-panas, confirm makan bertambah-tambah. Tambah pulak dengan cili, memang sedap.
Jadi, kali ini kami nak kongsikan dengan anda enam fakta menarik tentang ayam supaya kita dapat kenali dengan lebih dekat lagi tentang haiwan ni. Jangan la tahu makan je kan.
#1 Ayam betina boleh bertelur walaupun tanpa ayam jantan
Untuk anda yang belum tahu, sebenarnya ayam betina tetap boleh bertelur tanpa kehadiran sperma ayam jantan. Menurut laman web The Spruce, ayam betina boleh bertelur tanpa ayam jantan namun telur yang dihasilkan itu tidak akan menetas. Boleh baca perkongsian Khairulaming di Twitter baru-baru mengenai fakta ini.
oh wait..aku tengok tiktok pukul 3 pagi and baru tahu yang ayam betina akan sentiasa bertelur walaupun tak ada ayam jantan. so telur yg kita beli kat kedai tu sebenarnya boleh dihasilkan tanpa perlu mating. cuma telur tu tak akan menetas sbb unfertilized ? pic.twitter.com/eruz4OmPn1
— Khairulaming (@khairulaming) August 12, 2021
Jadi, telur tadi boleh terus dikutip untuk dimakan sebab kita tak payah risau ia akan menetas, Namun, keadaan adalah berbeza jika anda ada ayam jantan. Dalam keadaan ini pula, telur perlu disimpan di dalam tempat sejuk setelah dikutip untuk mengelakkan mereka menetas.
#2 Ayam sebenarnya haiwan yang mempunyai ingatan yang bagus
Menurut Carolina Coops, ayam mempunyai ingatan yang baik dan ini menyebabkan mereka boleh ingat dan kenal hingga 100 wajah! Jadi, disarankan korang tak buat onar la kat ayam ni, kang tak pasal-pasal dorang berdendam. Kiranya ayam ni haiwan yang bijak la kan.
#3 Warna telur ayam ditentukan oleh genetik
Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa telur yang digunakan di luar negara berwarna putih sedangkan telur yang kita makan di Malaysia warna coklat? Ha, sebenarnya warna telur ini ditentukan oleh baka ayam tersebut.

Contohnya, ayam jenis Leghorn akan hasilkan telur berwarna putih manakala ayam jenis Orpington akan hasilkan telur warna coklat.
#4 Ayam berkomunikasi dengan cara tertentu
Kalau ada antara korang yang ternak ayam, mesti dah selalu dengar bunyi-bunyi ayam ni kan. Sebenarnya, setiap bunyi mereka ada maksud tertentu contohnya, ada bunyi yang digunakan untuk panggil ayam yang lain makan dan ada bunyi yang digunakan untuk beritahu ayam lain tentang kehadiran haiwan pemangsa.

Selain itu, difahamkan, ibu ayam juga akan menggunakan bunyi ‘prrr’ yang lembut ketika bercakap dengan anak ayam yang masih belum menetas.
#5 Ayam bermimpi ketika tidur
Jangan ingat manusia je yang boleh bermimpi tau sebab ayam juga bermimpi ketika tidur. Selain itu, haiwan ini juga mempunyai kebolehan untuk tidur dengan sebelah mata sahaja manakala sebelah mata lagi akan terbuka supaya mereka boleh berjaga-jaga, just in case ada pemangsa yang nak ganggu mereka pada ketika itu.
#6 Bilangan ayam adalah lebih banyak berbanding populasi manusia di dunia
Untuk pengetahuan anda, ada lebih 25 bilion ayam di dunia (setakat tahun 2018). Pada tahun 2019 juga, populasi manusia di seluruh dunia adalah lebih kurang lapan bilion.
Ooo, baru tahu. Tiba-tiba teringin pulak nak makan telur masak separuh dengan kicap untuk breakfast.
Sumber: The Spruce, Carolina Coops, Twitter Khairulaming
Baca: “Beli satu percuma satu”- Wanita Terkejut Ada Telur Lain Dalam Telur Saiz Jumbo Ini