Sejak semalam, nama bekas pasangan suami isteri, Hafidz Roshdi dan Shuhada menjadi hangat apabila Shuhada ada mendedahkan perbualan lucah antara bekas suaminya itu dengan wanita lain yang kini sudah menjadi isteri.
Tidak berdiam diri, Hafidz Roshdi tampil beri respon untuk menepis dakwaan Shuhada dan mendakwa bekas isterinya itu mahu menutup periuk nasinya.
Artikel berkaitan : “Fitnah yang menjijikkan” – Didakwa Culas Bayar Nafkah Anak-anak, Ini Jawapan Hafidz Roshdi
Artikel berkaitan : “Kenapa aku minta cerai? Sebab ni” – Shuhada ‘Exposed’ Mesej Lucah Hafidz Roshdi & Penyondol?
Perbalahan mereka dilihat berlarutan sampaikan kedua-dua pihak pergi ke balai polis untuk menyelesaikan isu ini.
Namun begitu, dilihat perang dingin mereka masih belum berpenghujung lagi apabila Hafidz Roshdi dikatakan ada buat satu perkongsian dengan memberikan gelaran ‘Janda Pemfitnah’ dan ‘Janda Penipu’ terhadap Shuhada.
Oleh itu, Shuhada pelik kerana isu ini rupanya masih belum habis dan menyindir Hafidz Roshdi seperti seorang yang tidak bahagia dengan kehidupan barunya.
Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 30 telah mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016, mereka kemudiannya bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syarikah Shah Alam, Selangor pada 27 Julai 2023.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 7 dan Umarr, 4 Tahu. Hafidz kemudiannya ebrnikah dengan wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada pada 15 Disember 2023.
Sumber : Instagram