in

“Syurga buat akak” – Ramai Netizen Puji Keikhlasan Guard Sekolah Ini Melayan Murid Autisme

Guard Autism

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan semua orang ada kemampuan untuk ‘melayan’ kanak-kanak autisme seperti wanita yang dikenali sebagai Cik Nana ini.

Biarpun tiada ikatan persaudaraan dengan kanak-kanak tersebut, terpancar keikhlasan pengawal keselamatan dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang terletak di Jinjang Selatan ini dalam melayan kerenah anak murid autisme.


Malah, dia juga tidak marah seandainya diusik oleh kanak-kanak istimewa yang dikenali sebagai Mei Kei ini. Ya lah, kalau guard biasanya kan garang mesti ramai takut, lagi-lagi murid sekolah rendah.

Artikel berkaitan : “Ada kesan gigitan di tangan” – Guru Disyaki Tendang & Pukul Kanak-kanak Autisme 6 Tahun Ditahan Polis

Artikel berkaitan : Fynn Jamal Sebak Pelajar PhD Hidap Autisme Berjaya Siapkan Tesis Bertajuk ‘Fiqah Autisme’

Dalam satu video tular yang telah meraih lebih daripada 300K jumlah tontonan, murid istimewa tersebut dilihat mengusik dengan mengusap pipi Cik Nana sambil memuji dirinya lawa. Menurutnya, dia hanya melayan kerenah murid tersebut kerana seandainya tidak dilayan, murid tersebut akan jadi moody dan menangis sehingga ganggu ketenteraman sekolah.

@ciknanaa_tiktokshop

Mei kei oo mei kei,kau buli anti nana ya😩layan jer risau tk layam moody dia mai satu kolah ni kecoh dia nangis.

♬ bunyi asal – Cik NaNaa – Cik NaNaa

Dalam video selanjutnya, Cik Nana menjelaskan bahawa Mei Kei yang baru berusia 7 tahun itu selalu datang ke arahnya sedangkan anak murid lain tak berani. Jelas Cik Nana, salah satu sebab kerana dia suka layan Mei Kei ini adalah kerana kanak-kanak itu ada kelebihannya tersendiri.

“Ini laa hari hari kakak Nana layan dia, bila dia datang mood tak baik dia nangis juga. Tapi jarang laa. Dia pandai cakap, itu salah 1 sebab kenapa saya suka layan dia, 7 tahun dah pandai cakap Melayu,12 tahun pun masih ramai murid tak tahu cakap Melayu..”

@ciknanaa_tiktokshop

Membalas kepada @Kak Noi ini laa hari hari kakak nana layan dia,bila dia dtg mood tk baik dia nangis jgk.tp jarang laa.dia pandai ckp itu salah 1 sbb knp sy suka layan dia,7 thn dh pandai ckp melayu,12 thn pun masih ramai murid tk th ckp melayu..

♬ bunyi asal – Cik NaNaa – Cik NaNaa

@ciknanaa_tiktokshop

Membalas kepada @kopi mocha 🐻 betul lah tu dia nk amik hati anti dia jer.jujur dah dia sekejab,cepat ii ckp dia gemuk☺️😆😆sy suka layan dia sbb dia pandai ckp melayu 7 thn dah pandai.ada murid 12 thn masih ramai tk tau ckp

♬ bunyi asal – Cik NaNaa – Cik NaNaa

Cik Nana menjelaskan kepada Lobak Merah bahawa sekolah di tempat dia bekerja ini dikatakan mempunyai ramai murid-murid autisme, tapi Mei Kei ini seorang yang berani dan tidak takut dengan sesiapa dan Mei Kei suka datang ke arahnya pada waktu rehat sekejap dan waktu pulang dari sekolah.

“Selalu saya buat video dengan dia waktu dia balik sekolah, ibu bapa dia datang lewat, mereka selalu bagi saya makanan, ibu bapa dia kata saya jaga anak dia dengan baik, tapi saya tak minta apa-apa pun saya jalankan tugas saya sahaja. Kalau dihargai oleh ibu bapa dia. Alhamdulillah,” ujarnya lagi kepada Lobak Merah.

Bukan sahaja ibu bapa Mei Kei, netizen turut terharu melihat sikap mulia Cik Nana ini dan ramai mendoakan kesejahteraan buat dirinya.

Screenshot 2024 08 27 102511 Screenshot 2024 08 27 102530 Screenshot 2024 08 27 102556 Screenshot 2024 08 27 102620

Besar pahala Cik Nana ni, semoga dia diberkati dan dirahmati oleh Allah.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.