in

“Syirik & dosa besar” – Mutawwif Tegur Elak Buat 2 Perkara Ini Ketika Ziarah Jabal Rahmah

Jabal Rahmah Syirik

Jabal Rahmah, satu lokasi popular yang diziarahi para jemaah kerana sering dikaitkan sebagai lokasi untuk berdoa supaya bertemu jodoh.

Menurut sejarah, bukit ini merupakan lokasi pertemuan di mana Nabi Adam dan Siti Hawa bersatu pertama kali di bumi selepas dipisahkan beratus tahun di syurga.

Bagaimanapun, segelintir jemaah umrah dilihat melakukan perbuatan yang sedikit terpesong ketika menunaikan ibadah di sana.

Artikel berkaitan: “Tak semua tapi ramai” – Agamawan Risau Trend Pergi Umrah Semata Kejar ‘Content’

Artikel berkaitan: “Salah guna harta anak yatim, amal ilmu ghaib” – Ada Jemaah Dari Malaysia Tak Nampak Kaabah Semasa Umrah?

Menerusi perkongsian Mutawwif Ashraf di TikTok, beliau menegur dan menasihati buat bakal jemaah umrah dan haji untuk menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan ini ketika menziarahi Jabal Rahmah.

@mutawwifashraf

Ingat ye sahabat2 dan bakal tetamu Allah… Janganlah sesekali kita melakukan perbuatan syirik menyekutukan Allah SWT apabila tiba di Jabal Rahmah… #tiktokawardsvn2023 #fyp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fyy #fyyyyyyyyyyyyyyyy #fypdonggggggg #fypdonggg #fypdongggggggggシ #masukberanda #umrah2023 #tetamuallah #mekah #umrah #labbaikalhummalabbaik #jabalrahmah #arafah #mutawwifashraf #khadimulharamain

♬ original sound – Mutawwif Ashraf – Mutawwif Ashraf

“Kita boleh lihat dekat batu atas tu diletakkan 6 gambar rajah. Saya nak kongsikan point-point perkara penting iaitu perbuatan syirik yang boleh menyekutukan Allah SWT dan itu merupakan salah satu perbuatan dosa besar.

“Tak salah naik bukit untuk berdoa tetapi yang salah apabila berdoa menghadap batu atas tu sedangkan kiblat kita menghadap ke arah Kaabah.

“Datang ke Jabal Rahmah, batu-batu ini dah jadi macam whiteboard. Diletakkan nama kekasih. Yang belum berkahwin, letak nama teman lelaki & teman perempuan, seolah-olah minta kepada Allah agar mereka berdua bertemu jodoh.

“Yang suami isteri, letak nama pasangan kononnya ikatan jodoh berkekalan. Ya, tapi bukan cara dengan menulis dekat batu-batu ini,” tegurnya.

Beliau menegur janganlah melakukan perbuatan syirik dan menyekutukan Allah SWT kerana ia merupakan kezaliman yang besar.

Difahamkan, video terbabit dimuat naik pada November tahun lepas di TikTok kemudian tular kembali apabila dikongsikan di platform lain.

Seorang pengguna yang sedang menunaikan umrah di sana memaklumkan ramai yang masih berdoa menghadap batu di situ.

Sebelum ini, tular mengenai trend jemaah merakam aksi mencium Kaabah sewaktu menunaikan ibadah.

Sumber: TikTok