in

Syed Saddiq Didapati Bersalah Atas Tuduhan Pecah Amanah, Salah Guna Harta & Pengubahan Wang Haram

Syed Saddiq Bersalah 4 Pertuduhan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah Tinggi hari ini telah memutuskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didapati bersalah atas empat pertuduhan iaitu bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan dua pertuduhan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Keputusan tersebut dibuat Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan.


Syed Saddiq, 31, didakwa bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 pada 6 Mac 2020.

Artikel berkaitan: Cederakan Syed Saddiq & Sebut Perkataan ‘B*doh’, Papagomo Didenda RM2,100

Artikel berkaitan: “Ini overreacting” – Syed Saddiq Persoal Tindakan Polis Tahan Dua Pelajar Maki Soalan SPM

Pertuduhan itu dikemukakan di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua pula, Presiden MUDA ini didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang sebanyak RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu.

Perbuatan ini juga dituduh di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

0F31D353 03 Syed Saddiq 091123

Selain itu, beliau juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu dengan memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiptera miliknya, yang mana adalah hasil daripada aktiviti haram.

Pertuduhan ini didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, yang berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan telah dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin bersama Mohd ‘Afif Ali manakala peguam Gobind Singh Deo dan Haijan Omar mewakili Syed Saddiq.

Sumber: Harian Metro

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.