in

Syarikat Berkaitan Tentera & Perisikan di China Simpan Data 1,400 Rakyat Malaysia?

Ft Image Balding

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Data seringkali dikaitkan maklumat peribadi yang tidak boleh dikongsi dengan mudah.


Tapi apa mengejutkan, sebuah syarikat di China yang mempunyai kaitan dengan tentera dan perisikan dilaporkan mengumpul data seramai 1,400 warganegara Malaysia.

Berdasarkan laporan Free Malaysia Today, data tersebut telah bocor daripada pangkalan data Zhenhuan Data ia mengandungi maklumat 2.4 juta penduduk dari pelbagai negara.

Berdasarkan laporan yang diperolehi, butiran yang disimpan mendedahkan seramai 35,558 data rakyat Australia yang bocor merangkumi ahli politik, hakim, diplomat, wartawan dan hartawan.

Laporan menunjukkan daripada 250,000 data yang disimpan syarikat di China itu  52,000 daripadanya ialah warganegara Amerika Syarikat (AS), 10,000 warga India, 9,700 warga Britain, 5,000 warga Kanada, 2,100 warga Indonesia, 793 rakyat New Zealand dan 138 warga Papua New Guinea.

 

Hack 1

Apa nak dibuat dengan data tu?

Menurut ABC News data yang diperolehi merangkumi tarikh lahir, alamat, status perkahwinan berserta gambar, penglibatan politik dan ID sosial media.

Apa yang merisaukan adalah, antara data yang diperolehi syarikat tu melibatkan butiran mengenai anggota tentera termasuk pangkat pegawai, jaringan politik dan potensi masa depan jawatan ketenteraan.

Zhenhua Data ni pula dilaporkan mempunyai 20 pusat pengumpulan data di seluruh dunia dan pelanggan utamanya adalah Tentera Pembebasan Rakyat China dan Parti Komunis China.

Selain daripada data yang diperoleh dari sumber terbuka, dipercayai butiran sulit seperti rekod bank sulit, aplikasi pekerjaan dan profil psikologi turut dimiliki oleh syarikat itu.

Dipercayai syarikat Zhenhua Data memperolehi maklumat daripada “dark web“.

Balding

Untuk pengetahuan korang, data yang tersebar ini telah dibocorkan kepada ahli akademik AS, Chris Balding. Beliau pernah berkhidmat di Universiti Peking sehingga tahun 2018 sebelum meninggalkan negara tersebut kerana khuatirkan keselamatannya.

Butiran 2.4 juta orang yang diperolehi kemudiannya diberikan kepada syarikat keselamatan siber Internet 2.0 yang berpangkalan di Australia.

Hasilnya 10 peratus daripada data tersebut berjaya diperoleh daripada syarikat itu.

Menurut Balding, data tersebut merupakan bukti yang China melakukan pengawasan besar – besaran kepada penduduk di seluruh dunia.

Baca : “Virus bukan dari pasar”  Pakar Virologi Dari China Bakal Dedah Bukti COVID-19 Berasal Dari Makmal di Wuhan!

Aiman

Sumber: Fulbright

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.