Seorang doktor pakar dikecam hebat ekoran dengan kelantangannya sound pengamal media apabila pihak wartawan ada bertanyakan tentang isu teori lauk singgang yang dikatakan mampu merawat Covid-19 ketika sidang media Ketua Pengarah Kesihatan beberapa hari lepas.
Kenyataan Dr. Rafidah Abdullah yang seakan-akan kecam para wartawan akhirnya memakan dirinya semula.
Patutnya soalan macam ini, wartawan sendiri dah tahu jawapan kalau mampu guna akal fikiran “
Sebelum ini, Harian Metro ada mengeluarkan satu kenyataan daripada Pensyarah Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Azizah Mahmood berhubung dengan kononnya lauk singgang mampu merawat Covid-19.
Bagaimanapun, tiada lagi pengesahan yang sahih memandangkan tiada kajian dijalankan terhadap lauk tersebut dan hanyalah menyatakan bahawa ia hanya berkemungkinan boleh merawat kerana ramuan yang digunakan mikrob.
Disebabkan itulah pihak wartawan ingin mendapatkan kepastian daripada pihak Ketua Pengarah Kesihatan, namun pertanyaan itu dibalas dengan kecaman Dr. Rafidah sehingga dianggap condemn kerja-kerja orang dalam bidang media.
Kelantangannya itu telah mengundang kritikan netizen terutamanya dalam kalangan pengamal media sebelum ini.
“80% sibuk memanjang pasal singgang ke?”
Bahkan netizen juga ramai mengecam dengan kenyataannya yang seoalh-olah merendahkan kredibiliti wartawan.
Kecaman yang diberikan jadi semakin teruk apabila dia mengeluarkan satu kenyataan yang telah menambahkan lagi kemarahan pengamal media yang dikatakan cuba untuk meletakkan syarat-syarat tertentu.
“Saya nak lihat…”
Masih sombong – Pengamal media
Dalam masa yang sama, Dr. Amalina ada menyuarakan pendapat terhadap isu perbalahan ini. Baginya, kerjasama antara kedua-dua bidang ini memainkan peranan penting.