in

Syamsul Yusof Didakwa Failkan Perceraian Terhadap Ira Kazar Hari Ini

Ft0Sy Ik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika dahulu pernah ada khabar angin yang mengatakan pasangan ini bakal bercerai, namun hari ini  dakwaan yang sama muncul kembali apabila pengarah terkenal Syamsul Yusof, 40, dikatakan sudah memfailkan perceraian dengan isterinya Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, hari ini.

Memetik laporan daripada Harian Metro, sumber berkata tindakan itu dibuat selepas tidak ada lagi persefahaman antara mereka.


Artikel berkaitan : Kecoh! Pengarah Sensasi Baru ‘Settle’Kontroversi, Didakwa Ceraikan Isteri Guna WhatsApp?

Artikel berkaitan : Fizikal Nampak Kurus, Netizen Terkejut Dengan Penampilan Terbaru Syamsul Yusof?

“Sudah tidak ada persefahaman dalam perkahwinan mereka,” katanya.

Bagaimanapun tiada sebarang pengesahan mahupun kenyataan daripada pihak pasangan ini dikeluarkan saat artikel ini ditulis.

Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand. Ia disahkan sendiri oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.

Disebabkan itu, Puteri Sarah yang ketika itu masih bergelar isteri pertamanya nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.