in

Syamsul Belum Berhubung Dengan Mak Ayah Selepas Cerai, Yusof Haslam Fikir Positif Anak Sibuk Kerja

Ft Yusof Sol Belum Berhubung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menurut Datuk Yusof Haslam, dia hanya berhubung dengan menantunya iaitu Puteri Sarah Liyana bagaimanapun, anaknya Syamsul Yusof masih belum menghubunginya sejak pasangan itu sah bercerai pada 14 Jun lalu.

Yusof akui bahawa dia gembira apabila anak dan menantunya itu berpisah dengan cara yang terbaik demi kebaikan serta masa depan dua orang cahaya mata mereka.


Screenshot 3 2

“Dengan Sarah ada berhubung tapi Syamsul setakat ini dia belum berhubung dengan mak atau pun ayah dia. Tapi saya rasa dia sedang sibuk ‘shooting’ Original Gangster jadi kita bagi dia masa.”

“Saya rasa gembira kerana Syamsul dengan Sarah dah bercerai tapi dengan cara yang baik, hubungan Sarah dengan Syamsul dengan anak-anak okay. Walaupun berlaku penceraian hubungan harus kekal demi anak-anak,” katanya.

Bercakap tentang jika hubungan Syamsul dan Puteri Sarah akan bersatu kembali pada masa hadapan, Yusof memberitahu dia hanya mampu mendoakan yang terbaik sahaja buat anaknya dan menantunya itu.

“Mungkin takdir dah menentukan, itulah jadinya. Kalau tidak maka tidaklah. Hanya Allah yang menentukan. Kami sebagai orang tua, kami doakan yang terbaik,” ujarnya.

2125801

Dalam pada itu, Yusof turut memaklumkan dia tidak tahu mengenai lafaz cerai pertama dan rujuk kembali pasangan berkenaan.

“Saya tidak tahu mengenai itu, mungkin isteri saya tahu. Saya punya nasihat kepada semua adalah kejayaan hari ini tidak menjanjikan kejayaan esok. Jadi kita harus sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat dan jangan anggap diri kita yang terbaik. Yang terbaik hanya Allah SWT,” jelas Yusof.

Terdahulu, Syamsul sah melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas pada 14 Jun lalu.

Sumber : Xtra, mStar

Baca : “I love u both till the end” – Puteri Sarah Masih Dianggap Sebagai Keluarga Oleh Bekas Mertua

Mertua Puteri Sarah Keluarga 1 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.