Wah ada bau-bau nasi minyak ke ni?
Pasangan selebriti terkenal, Syafiq Kyle dan Mimi Lana dikhabarkan bakal melangsungkan perkahwinan hari ini, menurut Harian Metro.
Menurut sumber, pasangan itu mengadakan pernikahan di kampung halaman Mimi di Taiping, Perak.
Mereka bakal berkahwin petang ini. Majlis pernikahan akan diadakan di kampung Mimi di Taiping,” katanya.
Lapor sumber kepada Harian Metro, majlis pernikahan itu dipercayai berlangsung secara tertutup tanpa mahu diketahui pihak media atau orang luar.
Artikel berkaitan: “Dah getback?” – Mimi Lana & Syafiq Kyle Makan Bersama Buat Netizen Berspekulasi
Artikel berkaitan: Tinggal Seminggu Lagi Tarikh Majlis, Mimi Lana Dan Syafiq Kyle Batal Nikah?
Saya dengar tetamu yang hadir tidak dibenarkan membawa telefon bimbit kerana enggan pernikahan mereka mendapat perhatian,” katanya.
Malah lebih menguatkan lagi spekulasi tersebut, Mimi dan Syafiq masing-masing memuat naik foto di Instagram memaparkan tangan pelakon wanita itu yang sudah disarung cincin bersama tangan lelaki yang dipercayai Syafiq.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Dalam pada itu, ibu Syafiq iaitu Rohaya Sulaiman juga turut memberi bayangan terdapat sesuatu yang bakal berlaku menerusi perkongsian di IG story.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kami,” katanya.
Terdahulu, Syafiq dan Mimi Lana sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 18 Ogos 2023, namun majlis itu dibatalkan.
Pasangan ini juga tidak memperincikan punca pembatalan perkahwinan itu, namun begitu kedua-duanya mengaku tetap berkawan baik serta boleh bekerjasama dalam satu drama atau filem.
Kalau betul bagai dikata, tahniah dan selamat pengantin baru!
Sumber: Harian Metro