• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Berita Sosial

“Syabas & hebat!” – Geng Sukarelawan Melayu Tolong Kemas Rumah Keluarga Cina, Siap Belikan Perabot Baru!

by Sue Idris January 20, 2020, 5:42 pm

ShareTweet
kemas rumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lagi beberapa hari je, Malaysia akan meraikan Tahun Baru Cina. Sudah semestinya kaum Cina di seluruh negara tak sabar nak raikan dengan keluarga, sanak saudara dan kenalan. Tapi, tak semua keluarga bertuah dan dapat sambut perayaan itu seperti yang diimpikan kerana masalah kewangan dan sebagainya.

Mohd Fadli Salleh atau mesra dipanggil ‘cikgu’ oleh rakan-rakan di Facebook telah membantu satu keluarga Cina agar mereka dapat meraikan Tahun Baru Cina.


cina1
Sumber: Facebook

Kata Fadli melalui Facebook, dia dimaklumkan oleh seorang penduduk PPR bernama Kak Yati bahawa ada satu keluarga Cina yang tinggal di sana selalu minta untuk mandi di rumahnya.

Saya Kak Yati dari PPR. Ada satu keluarga Cina di sini setiap hari datang tumpang mandi rumah saya sebelum ke sekolah. Boleh ke cikgu bantu keluarga ini?”

Fadli kemudian menjejakkan kaki ke rumah keluarga Cina yang dimaksudkan dan terkejut melihat keadaan rumah yang diibaratkan lebih teruk daripada tongkang pecah.

 

Bapa tak kerja, ibu hanya tukang cuci

Kata Fadli, si bapa tidak boleh melakukan kerja berat disebabkan menghidap beberapa penyakit agak kronik. Isterinya pula bekerja sebagai cleaner di sebuah hotel di Ampang.

Kerana tidak mampu, bekalan air telah dipotong dan sewa rumah juga dah tertunggak beberapa bulan. Meskipun begitu, anak mereka tetap dihantar ke sekolah dan tuisyen percuma dianjurkan persatuan penduduk.

 

Tolong dapatkan bekalan air

Fadli kemudian membuat keputusan untuk bantu kemaskan rumah keluarga itu serta tolong mereka dapat bekalan air bersih.

Kak Yati menjadi orang tengah. Tukang runding dengan pengurusan PPR, tukang memberi laporan. Akhirnya kami berjaya deal untuk air disambung semula dengan syarat bayaran sewa rumah perlu berganda.”

cina2

cina3

cina4
Sumber: Facebook

 

Panggil geng, tolong kemaskan rumah

Bukan itu je, Fadli juga telah mendapatkan bantuan geng sukarelawannya bagi membantu mengemas rumah keluarga itu. Selama 3 minggu mereka bertungkus lumus mengemas, membersihkan rumah.

cina5

cina6
Sumber: Facebook

Selain itu, mereka juga telah mendapatkan perabot baru untuk keluarga itu supaya mereka dapat sambut Tahun Baru Cina dengan gembira.

Dinding kami cat semula. Tingkap dipasang langsir. Lantai diletak tikar. Bantal dan tilam baru juga diberi.”

Sempena Perayaan Tahun Baru Cina kali ini, keluarga mereka dapat menyambutnya dengan kemeriahan yang sangat berbeza.”

cina7

cina8

cina9
Sumber: Facebook

Ramai rakan-rakan di Facebook memuji tindakan Fadli dan seluruh geng sukarelawan itu kerana sudi menghulurkan bantuan tak kira agama dan bangsa.

Baca: “Kalau ada amoi macamni aku nak masuk meminang” – Sudahlah Comel Lepas Tu Lancar Nyanyi Lagu Alif Ba Ta, Remaja Cina Dapat Pujian Netizen Ramai

jawi yen yen

ShareTweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini

  • Featured LM 22

    Misteri Konspirasi Muzium 789: Betul Ke Kematian Pelakon Lelaki Didakwa Ada Kaitan Dengan Muzium Seni Tersohor Di China?

  • ft peniaga kantin

    Pemilik Gerai Di Kantin Sekolah Tak Dapat Teruskan Perniagaan Gara-gara Tular Video Tegur Murid Tak Ada Adab

  • syaz ft 2025 11 19T163834.876

    “Penatlah baik m*ti..” – Pelajar Darjah 1 Trauma Dibuli, Luah Kepada Ibu Ingin M*ti

  • pelajar toreh bapa tak nak pergi sekolah

    Gara-gara Ditegur Tak Pergi Sekolah, Pelajar Tor*h Bapa Dengan Pisau

  • ft jainj

    Dari Tempat Kerja Ke Hotel, Pasangan Berstatus Suami Isteri Orang Kena Cekup

Video Terbaru

  • belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • freepik the style is candid image photography with natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

  • THUMBS KOMANDO 3

    Disebalik Beret Hijau, Leftenan Youn Bongkar Realiti Latihan Komando | PotPetCast

Siaran Akhbar

  • collage 4

    Rai Sambutan Krismas Dengan Citarasa Moden Di Gordon Ramsay Bar & Grill

  • FT IMAGE LM

    Skechers Memperkasa Koleksi Larian dengan ‘Hands Free Slip-ins’ Yang Serba Baharu : Max Run

  • FT IMAGE LM 19

    Bask Bear Coffee & Toasties Memberikan “Tawaran” Untuk Semua Sempena VM2026

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • freepik the style is candid image photography with natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

Terkini

  • ft kamal adli uqash

    Uqasha Tepis Dakwaan Larang Kamal Adli Jumpa Anak

  • uqasha nekad berpisah 4 tahun kamal

    “Memudaratkan mental & fizikal…” – Uqasha Senrose Dedah Sebab Nekad Nak Berpisah

  • kamal uqasha kes cerai

    Kamal Adli Sudah Dua Bulan Tidak Jumpa Anak, Tetap Pendirian Mahu Pertahankan Perkahwinan

  • syaz ft 2025 11 18T113420.919

    Lelaki Cuba Peluk Ariana Grande Di Singapura Kena Penjara 9 Hari

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2025 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube