in

“Sy merayu pada perokok, hormatilah org sekeliling” – Bayi 2 Bulan Muntah Darah Gara-gara Asap Rokok

G

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perokok selalunya memang tak faham betapa tingginya risiko secondhand smoker ni selagi tak kena batang hidung sendiri.

Satu posting Facebook oleh Norzy Green Gurlz tular baru-baru ini. Dalam pos ini, seorang ibu mengatakan bayinya Delisha yang berusia 2 bulan telah ditahan di hospital selama empat hari.


Menurut ibu ini, bayinya dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital Shah Alam selepas muntah darah sebanyak dua kali.

Selepas membuat beberapa pemeriksaan, doktor mengesahkan si kecil ini terkena jangkitan paru-paru yang teruk. Delisha juga dikatakan telah terkena jangkitan ini sejak tiga minggu lepas.

Selain muntah darah, bayi berusia dua bulan ini juga buang air besar sebanyak 20 kali sehari kerana ususnya dijangkiti kuman. Tak cukup dengan itu, limpa dan hati bayi ini juga membengkak. Semua gara-gara asap rokok!

2 Month Old Baby Contracts Lung Infection Vomits Blood Due To Inhaling Cigarette Smoke World Of Buzz
Sumber: facebook

hari ke4 disni..

jgkitan kuman pada paru2 delisya sgt truk shggakn kcau smua organ dlman dia. bgkak hati n limpa, prgi ke usus.. sy tnya doctor, apa pnca sbnr ank sy jdi mcm ni? sebab dgn mngejut sgt walhal ank sy sihat walafiat.. kjdian prtma delisya muntah darah sbnyk 2 kali n trus dtg emrgncy hosp. doc trus ambk kes dia sbb emrgny sgt. baby baru berusia 2 bln 15 hari muntah brdarah..

trus xray, scan, ultrasound n mcm2 treatment. doc sahkan baby sy kena jgkitan kuman pada paru2 yg sgt truk. dipendekkn crta, baby ni kena mcm ni punca utama adlah ASAP ROKOK N prskitran org rmai dimana udra kotor???. paling sedih sbb my hsbnd xmrokok n rmh sy sntiasa brsih.. doc kata ni kjdian 2-3 mggu yg lepas sbb tu paru2 dh truk..

sy mnyeru n merayu pada perokok, hormatilah org sekelilg anda yg tidak mrokok sbb yg kena tempiasnya adalah org lain.. yg menangung pndrtaannya org lain.. selama 3 hri baby sy agak lemah..

sy mngadu pada allah, menangis dgn allah, bagi kekuatan utk baby sy lawan kuman JAHAT tu.. sbb organ dlman dia dh diserang dgn kuman. hati n limpa jdi bgkak. prgi ke usus kcau jadi berak2 smpai 20 kali shri??..

baru harini sy ada kekuatan utk bcrta pada smua tntg keadaan anak sy, rmai kwn2 call n watsap smua sy xbjwab sbb xde kekuatan utk itu..

esok spttnya hari besar sy utk knvo tamat bljr, tapi apakan daya perancgan allah lagi trbaik.. allah uji dgn sdkit ujian utk dktkn lagi diri padanya..mmg benar, bila kita ditmpa sdikit ujian, barulaa kita merayu2 pada allah..jdi sakit ni sbgai asbab utk ibu delisya lagi dktkn diri dgn pnciptanya.. mohon doakan delisya sembuh spt sediakala??

Kalau korang nak tahu, asap rokok mengandungi 7,000 bahan kimia dan beratus dari bahan ini toksik dan boleh membawa maut. Selain bayi yang berisiko untuk mendapat sindrom bayi mati mengejut (SIDS), orang dewasa juga boleh mendapat sakit jantung, strok dan kanser paru-paru hanya dari asap rokok tau.

So, pada perokok tu pleaselah, be considerate. Kalau korang baru lepas hisap rokok pun tak payah nak gatal dekat-dekat dengan baby atau kanak-kanak. Asap tu melekat kat baju korang, basuh baru hilang. Jangan selfish ya?

Apa pun, admin doakan baby Delisha cepat sihat dan pulih seperti sediakala. Ameen.

 

Baca: Bayi Meninggal Dunia Akibat Terhidu Asap Rokok Masa Majlis Cukur Jambul

Screenshot 2019 04 19 At 5.46.33 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.