in

“Sweet next level!” – [VIDEO] Tak Naik Motor Atau Kereta, Lelaki Tular Pickup Isteri Bawa Monorel

Page1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya kita dengar lelaki akan datang pickup pasangan diorang naik motor atau kereta saja, kan? Tapi macam yang Min jumpa di laman Tiktok baru-baru ni memang kategori ‘rare’!

Melalui akaun Tiktok pengguna @nrlmnraa, wanita ini dikatakan menunggu suaminya untuk sambut pulang dari tempat kerja.


Menariknya, suami wanita ini bukanlah memandu kereta atau motosikal macam yang biasa kita tengok, malah dibawanya tren monorel untuk menyambut isterinya pulang. Wah, next level betul ni!

Lelaki tersebut bukanlah menempah keseluruhan ruang monorel untuk sebagai gesture manis untuk mengambil isterinya. Sebaliknya sudah memang kerjaya lelaki itu sebagai konduktor kepada pengangkutan awam itu.

Kalau dah naik monorel, bukan setakat isteri, satu kampung pun boleh pick up!

Lanjut pada klip itu, kita dapat lihat wanita ini merakam aksi suaminya mengendalikan monorel tersebut dari ruang konduktor.

Klip berdurasi 12 saat itu mencapai lebih 100 ribu jumlah tontonan di laman TIktok. Video itu juga mendapat perhatian dari akaun rasmi Rapid KL yang turut terhibur dengan gelagat comel pasangan itu.

7 4

Ada juga netizen berseloroh mengatakan lelaki itu begitu bermurah hati sehingga ‘menumpangkan’ ramai wanita lain bersama mereka. Korang ni kalau pasal menyakat memang terbaik!

4 76 69 3 8 3 5 6

Jealous pulak kita ni tengok pasangan sweet ni, kan? Ada tak korang teringin nak kena pickup dengan monorel macam ni?

Sumber: Tiktok

Baca: “Isteri nangis pun tak kisah” -[VIDEO] Suami Masih Boleh Tersengih Lepas Kantoi Berduaan Dengan Perempuan Lain

Capture 1 3

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.