in

SUV Proton X70 Jadi Pilihan Polis Kenya Sebagai Kenderaan Rasmi

1Proton

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak Proton melancarkan SUV X70, banyak kenderaan syarikat tempatan itu kita boleh nampak di atas jalan raya. Ditambah pula dengan SUV X50 dengan saiz yang lebih kecil, setiap kali keluar rumah mesti ada kereta tu yang kita nampak.

Seperti yang kita sedia maklum, Proton juga ada memasarkan kereta keluarannya ke luar negara. Antaranya Brunei, Indonesia dan Pakistan. Terbaharu, Proton juga memasarkan kereta ke negara Afrika, iaitu Kenya.


Screenshot 2021 11 21 At 10.32.36 Am Screenshot 2021 11 21 At 10.31.33 Am

Pihak Proton Kenya baru sahaja menyerahkan sebanyak 30 unit SUV Proton X70 kepada pihak anggota keselamatan negara itu, Kenya Police Service sebagai kenderaan rasmi mereka.

Screenshot 2021 11 21 At 10.31.44 AmScreenshot 2021 11 21 At 10.31.55 Am

Dalam satu hantaran di Simba Corp, upacara penyerahan 30 unit SUV tersebut melibatkan 2 jenis warna iaitu warna biru dan warna hijau yang tidak pernah ditawarkan di negara kita.

Screenshot 2021 11 21 At 10.32.05 Am Screenshot 2021 11 21 At 10.32.15 Am

Menurut Proton Kenya, model SUV Proton X70 dipilih kerana gayanya yang unggul, mempunyai stabiliti yang baik dan keselesaan yang tinggi untuk Polis Kenya melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka.

Min tumpang bangga dengan pencapaian Proton, bukan sekadar jual je, tapi jadi pilihan polis sebagai kenderaan rasmi pulak tu. 

 

Baca: “Masih dihargai di luar negara” – Lelaki Turki Bergambar Dengan Proton Wira Tarik Perhatian Peminat Kereta Tempatan

Screenshot 2021 11 21 At 10.30.09 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.