in

Susulan Dituduh Menipu Oleh Bekas Rakan Niaga, Zahnita Bakal Jawab Semua Isu Tular Di Mahkamah

Zahnita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang wanita yang mendakwa dirinya adalah bekas rakan niaga Zahnita Wilson mendedahkan bahawa bekas model itu hanya mereka cerita tentang dirinya ditumbuk oleh suaminya.

Anda boleh baca dakwaan bekas rakan niaga Zahnita itu di sini.


Terkini, bekas model popular itu berkongsi bahawa dirinya akan ke Mahkamah Syariah Kuantan untuk perbicaraan sebutan kes induk hadhanah, kes interim injunksi menghalang gangguan, memulangan barangan peribadi dan menghalang tindakan menyalahgunakan anak di media sosial dan kes cerainya bersama suami.

WhatsApp Image 2025 04 12 at 3.05.08 PM

Artikel Berkaitan: “Biarlah, Allah ada” – Bekas Rakan Niaga Dedah Kisah Sebenar, Zahnita Beri Respon

Artikel berkaitan: “Bukan kena tumb*k tapi” – Bekas ‘Business Partner’ Dedah ‘Plot Twist’ Tentang Sikap Zahnita?

Sehubungan dengan itu, Zahnita turut mengundang rakan-rakan media untuk hadir ke Mahkamah Syariah Kuantan pada 18 April 2025 ini pada jam 9 pagi kerana dia akan menjawab semua persoalan berkait isu yang tular baru-baru melibatkan dirinya selepas sesi mahkamah tersebut.

Selain itu, Zahnita menerusi Instagram turut berkongsi laporan perubatan daripada Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan tentang kecederaan bengkak dan kesan lebam pada matanya pada tahun lalu dan dia disyaki terlibat dalam kejadian keganasan rumah tangga.

Zahnita turut berkongsi kronologi peristiwa yang melibatkan rumah tangganya itu.

WhatsApp Image 2025 04 12 at 3.05.08 PM 1

Untuk rekod, suami Zahnita pada tahun lalu telah disahkan positif dadah dan didakwa atas pertuduhan mendatang kecederaan terhadap isterinya, lapor Astro AWANI.

Sumber: Instagram Zahnita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.