Masalah sambungan internet merupakan antara cabaran terbesar ketika belajar online. Bukan semua tempat dapat internet yang laju dan stabil. Jadi, pelajar terpaksa cari line di luar kawasan rumah sampai ada yang terpaksa bahayakan diri dorang semata-mata nak dapatkan ilmu.
Isu ini bukan hanya berlaku di Malaysia sebab di India, seorang pelajar perempuan ini terpaksa belajar di tepi jalan untuk menghadiri kelas online. Menurut TimesNowNews, gadis tersebut belajar di tepi jalan di Ballaka iaitu di sebuah kawasan perkampungan di Karnataka.
In the rural area, students are attending online class , like this. because of mobile network issue.heavy rain also…! (Mangaluru-Sullia-Guthigar-Kamila) @CMofKarnataka @PMOIndia @narendramodi @narendramodi_in @CMDBSNL @BSNL_KTK @BSNLCorporate pic.twitter.com/auyBFs88zF
— Mahesh Puchchappady (@puchhappady82) June 15, 2021
Yang membuatkan ramai netizen sedih dan terharu adalah apabila ayah gadis itu dilihat memegang payung untuk melindungi anaknya daripada basah kuyup sebab ketika itu hujan agak lebat.
Difahamkan, gambar itu telah diambil oleh seorang wartawan dari Sullia iaitu Mahesh Puchchappady dan mula tular di Twitter baru-baru ini. Menurutnya, gadis itu memang sentiasa ke situ pada setiap petang untuk membolehkannya mengikuti kelas online.
Penduduk kawasan itu memang sering berdepan dengan masalah rangkaian internet sebab telefon kadang-kadang tak boleh digunakan kalau berlaku gangguan bekalan elektrik. Jadi, kebanyakan pelajar kat situ kena keluar dari rumah kalau nak dapatkan line.
Namun, masalah itu dikatakan sedang diperbaiki dan dinaiktaraf oleh pihak berkenaan di kawasan itu untuk memudahkan penduduk.
Memang tabik la kan dekat ayah gadis ni yang sanggup buat apa je untuk pastikan anaknya dapat belajar. Harapnya dorang akan dapat sambungan internet yang lebih baik lepas ni secepat yang mungkin.
Sumber: TimesNowNews.com, India Today, Twitter Mahesh Puchchappady
Baca: Tak Nak Bagi ‘Stres’, Universiti Suruh Pelajar Buat Soalan Dan Jawapan Sendiri Untuk Ujian Semester