in

“Sunset paling ohsem” – 3 Kali Gagal, Jurugambar Kongsi Momen ‘Buru’ Matahari Terbenam Antara KLCC

Sunset 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang yang cintakan nature, pasti pernah mengambil gambar keadaan langit yang cantik terutamanya ketika waktu matahari terbenam. Selain boleh dijadikan koleksi, tak dapat dinafikan keindahan alam tersebut boleh membuatkan kita rasa tenang.

Satu hantaran yang dikongsi oleh seorang jurugambar di TikTok @bukanfogotrafer, dia berhasil mendapatkan gambar matahari terbenam di antara pencakar langit KLCC pada 8 Jun 2024. Pun begitu, dia menceritakan ‘kesusahan’ yang dilalui sebelum berjaya mengambil gambar tersebut.


Jurugambar ‘buru’ sunset antara KLCC

Menurutnya, fenomena tersebut hanya berlaku beberapa kali sahaja dalam masa setahun dan ia bergantung kepada cuaca pada waktu itu. Dia sendiri mengakui ‘pemburuan’ kali ini agak mencabar selepas gagal sebanyak empat kali.

Artikel berkaitan: Jurugambar Kongsi Video Pantulan Cahaya Matahari Di Menara PNB, Netizen Terpukau

Artikel berkaitan: Saintis Temui Lohong Hitam 33 Kali Ganda Lebih Besar Dari Matahari, Ini Apa Korang Perlu Tahu Rahsia & Misterinya

Pada hari pertama, dia dan rakan jurugambar yang lain sudah menunggu momen tersebut bersama kamera masing-masing di Bukit Ampang namun, cuaca ketika itu agak mendung dan matahari dilindungi oleh awan tebal. Matahari dapat dilihat semula ketika ia hampir terbenam.

Percubaan hari kedua juga gagal ketika cuaca sama seperti hari pertama namun kali ini kawasan di Kuala Lumpur hujan lebat. Jadi, dia sempat mengambil gambar sambaran kilat berhampiran KLCC.

Kitorang terus tukar game.. masing-masing pasang lightningtrigger, alat special untuk mencerap sambaran kilat. Walau cubaan (ambil gambar sunset) gagal, tapi ni kali pertama aku dapat gambar kilat dan golden hour.

Walaupun mereka sudah boleh ‘mengagak’ pergerakan awan pada hari ketiga, namun nasib tidak menyebelahi kerana cuaca di Bukit Ampang hujan lebat seketika dan matahari pula terlindung dengan awan tebal di bahagian horizon.

@bukanfogotrafer

Cerita sunset yang paling ohsem pernah aku tengok pada 8 Jun 2024 #bukanfogotrafer

♬ original sound – Bukan Fogotrafer – Bukan Fogotrafer

Berjaya dapat gambar matahari terbenam!

Hari keempat, hujan turun awal di Kuala Lumpur (3 petang – 5 petang) menyebabkan dia tidak mahu meletakkan harapan tinggi. Pun begitu, rakan jurugambar yang sudah tiba di Bukit Ampang memberi maklumat cuaca dari semasa ke semasa membuatkan dia bersemangat pada petang itu.

Sangkaan kitorang tepat. Matahari akhirnya munculkan diri tepat pada sasaran. Masing-masing berseronok gembira. Mana taknya, dah tiga kali gagal akhirnya diberi ganjaran pada percubaan kali keempat.

Aku boleh katakan sunset masa tu yang terbaik setakat setengah tahun ni. Langit petang tu macam lukisan. Yang ada dekat situ seolah-olah terpukau dengan keindahan langit hari tu.

Walaupun dia sudah ada gambar-gambar matahari terbenam di KLCC, pengalaman kali ini berbeza dengan sebelum ini. Kalau korang tengok video yang dikongsi, jurugambar itu menyelit beberapa video time lapse dari awal sehingga matahari itu betul-betul berada di antara KLCC sebelum ia terbenam.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen terpukau melihat video tersebut.

Sunset 1

Cantiknya! Min rasa nak naik Bukit Ampang pula!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.