in

Sultan Selangor Murka Keputusan MFL Denda Selangor FC, Dianggap Tidak Bertanggungjawab & Tanpa Ihsan

Ft Sultan Selangor Murka Mfl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj meluahkan rasa kecewa terhadap keputusan ahli-ahli Liga Bola Sepak Malaysia (MFL dan ahli-ahli Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)) khususnya Presidennya, Dato’ Hamidin Mohd Amin yang dianggap langsung tidak serius bersuara dalam isu ketidak hadiran Selangor FC ke Perlawanan Piala Sumbangsih 10 Mei lepas.

Baginda begitu terkilan dengan Presiden FAM itu kerana beliau merupakan bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dari tahun 1995 hingga 2013 dan berpengalaman dalam arena bola sepak Selangor, bahkan Baginda juga yang memberikan darjah kebesaran kepadanya.


Artikel berkaitan : Altimet Mahu Sumbangkan Separuh Kutipan Royalti Kepada Selangor FC, Bantu Bayar Denda RM100K

Artikel berkaitan : “Bagi pastikan sistem lebih lancar” -7 Unit VAR Bakal Ditambah MFL

Baginda juga turut murka dengan keputusan MFL yang dianggap tiada ihsan dan tidak berperikemanusiaan serta tidak prihatin terhadap kezaliman yang berlaku.

Ia berhubung dengan kes serangan asid yang menimpa ikon bola sepak Selangor dan Harimau Malaya iaitu Faisal Halim pada 5 Mei lalu diikuti dengan beberapa yang insiden menimpa pemain bola sepak profesional pada minggu yang sama.

Tegas Sultan Sharafudin lagi, Bagindalah yang memberi perkenan kepada pihak Selangor FC untuk menghantar permohonan penangguhan perlawanan Piala Sumbangsih kerana pemain Selangor FC masih dalam keadaan trauma dan ketakutan.

“Bagaimanpun, pihak MFL telah menolak permohonan penangguhan tersebut dan memberi kemenangan 3-0 serta kejuaraan Piala Sumbangsih kepada pihak lawan.”

“Beta berpandangan bahawa hukuman yang dijatuhkan iaitu denda sebanyak RM100,000 bayaran pampasan kerugian ditanggung tuan rumah dan MFL, pemotongan 3 mata serta hukuman menjalankan perlawanan (LS14) tanpa penonton adalah tidak masuk akal dan amat berlebihan memandangkan kemenangan telah pun diberikan kepada pasukan lawan.”

Baginda yang pernah terlibat dalam arena bola sepak tempatan sejak tahun 1968 saat FAS diterajui oleh Dato’ Seri Harus Idris sehingga bersama pada 1990 menyatakan bahawa belum pernah ada keadaan seperti sekarang ini berlaku.

“Sukan yang sepatutnya menjadi platform perpaduan antara berbilang kaum dan rakyat kini telah dicemari dengan keganasan. Lebih teruk lagi MFL dan FAM langsung tidak serius bersuara dan mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu mengenai aspek keganasan dan kezaliman yang berlaku kepada pemain.”

Baginda juga pelik kerana MFL dan FAM tidak menunjukkan rasa simpati dan belas kasihan terhadap pihak yang teraniaya dalam isu ini. Jelasnya, apa yang berlaku boleh mencemarkan kredibiliti sukan bola sepak di negara ini dan membunuh semangat serta hala tuju Selangor FC.

Bahkan, Baginda menganggap tindakan melampau MFL langsung tidak melambangkan semangat kesukanan yang menyatupadukan rakyat Malaysia dan hanya merosakkan imej industri bola sepak tempatan.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.