in

Sultan Nazrin Shah Perkenan Lakukan Ibadah Korban Dalam Tempoh PKP Dengan Syarat…

Lembu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah telah perkenan untuk laksanakan ibadah korban sempena Aidiladha yang bakal menjelang tiba. Bagaimanapun, sambutan perayaan yang bakal diraikan dalam tempoh PKP itu harus dibuat mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.


Titah perkenan itu diberikan menerusi Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), pengarahnya Datuk Mohd Yusop Husin berkata ia setelah disembah maklum akan tatacara dan panduan pelaksanaan ibadah korban dalam tempoh PKP dan PKPD.

 

Tidak lebih 20 orang, tidak boleh buat akikah di tempat PKPD

Korban 9

Kata beliau lagi, maksimum jumlah petugas korban ditetapkan hanya 20 orang bagi setiap sesi, ia termasuk ahli jawatankuasa kariah atau surau dan jawatankuasa korban. Namun begitu, ibadah korban dan akikah tidak dibenarkan di kawasan yang dikenakan PKPD.

“Pelaksanaannya tertakluk kepada syarat-syarat utama iaitu maksimum empat ekor bagi lembu atau kerbau pada sesi pertama dan maksimum lima ekor pada sesi kedua (hari pertama).

“Hari kedua hingga hari keempat pula maksimum lima ekor lembu atau kerbau masing-masing bagi sesi pertama dan sesi kedua,” lapor Astro AWANI

Bagi kambing pula,  syaratnya ialah tidak melebih 6 ekor bagi sesi pertama dan maksimum 8 ekor bagi sesi kedua pada hari pertama manakala maksimum 8 ekor masing-masing pada sesi pertama dan kedua bagi hari kedua hingga keempat.

Tambahnya,ada waktu yang ditetapkan bagi setiap sesi:

Hari pertama :

  • Sesi pertama : 9 pagi hingga 12 tengah hari
  • Sesi kedua : 2 petang hingga 6 petang

Hari kedua hingga keempat :

  • Sesi pertama & kedua  : 8 pagi hingga 12 tengah hari

Katanya lagi, aktiviti korban dan akikah hanya dibenarkan dilakukan di  Rumah Sembelih Negeri Perak (Abatoir) Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), perkarangan masjid atau surau dan premis-premis yang dibenarkan JPV.

Namun begitu, pihak jawatankuasa kariah atau surau dan jawatankuasa korban adalah digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan di Abatoir.

Menurut garis panduan yang dikeluarkan JAIPk,mereka yang terlinat dalam  korban dan akikah atau wakil dibenarkan untuk mengambil bahagiannya pada masa dan di lokasi yang akan ditetapkan oleh pihak jawatankuasa kariah atau surau dan jawatankuasa korban setelah selesai proses menimbang dan membungkus.

Sementara itu, orang awam tidak boleh hadir untuk ambil bungkusan, edaran akan dibuat kepada penerima

Orang awam pula tidak dibenarkan untuk hadir mengambil bungkusan korban dan akikah kerana edaran kepada penerima akan diaturkan oleh pihak jawatankuasa kariah atau surau dan jawatankuasa korban.

 

Baca : Perlis Benarkan Ibadah Korban Tapi Hanya Boleh Dilakukan Di Pusat Penyembelihan

Perlis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.