in

Sukarelawan Terkedu Mangsa Banjir Di Hatyai Tidak Mahu Diselamatkan Sebab Belum Waktu ‘Check-out’

mangsa banjir di hatyai tidak mahu diselamatkan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujan berterusan di Hatyai sejak hujung minggu lalu hingga berlakunya banjir mengejutkan ramai terutama pelancong dari Malaysia yang kini terkandas di bandar itu.

Dalam pada ramai yang merayu diberikan bantuan dengan kadar segera, ada juga segelintir mangsa banjir ini merasakan terlalu awal untuk ‘diselamatkan’.


Perkara itu dikongsikan oleh seorang sukarelawan banjir dari Malaysia yang terkedu dengan alasan yang diberikan ketika misi menyelamatkan mangsa di sana.

Menerusi perkongsian Alez Ander di laman Facebooknya, beberapa mangsa menghubunginya susulan terperangkap akibat banjir yang melanda di sana.

Artikel berkaitan: Stok Ubat Habis, 40 Warga Emas Malaysia Terkandas Di Hatyai Mohon Bantuan

Artikel berkaitan: Banjir Hatyai: ICQS Sesak, Rakyat Malaysia Berpusu-pusu Pulang Ke Tanah Air

Katanya, dia kemudian berjaya mengatur pasukan penyelamat untuk menghantar bot ke salah sebuah hotel yang terjejas.

Namun, setelah pasukan penyelamat tiba di lokasi terjejas, mereka terkedu apabila ada beberapa mangsa banjir tidak mahu meninggalkan hotel tersebut hanya disebabkan belum waktu check-out mereka.

“Saya belum boleh keluar lagi… check-out saya esok hari,” ujar mangsa tersebut.

Menurut Alez, ini pertama kali pasukan penyelamat berhadapan dengan situasi sedemikian.

Tambahnya lagi, memandangkan mangsa berkeras tidak mahu keluar dari hotel terbabit, dia mengarahkan pasukan penyelamat untuk berpatah balik dan mengutamakan mangsa yang lebih memerlukan.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.