Bank Rakyat baru-baru ini telah menganjurkan Kejohanan Pickleball Media Bank Rakyat 2026 bertempat di The Hood, Chow Kit sebagai inisiatif untuk memperkukuh hubungan strategik bersama rakan media.
Selain menjadi platform interaksi, acara ini juga bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan pengamal media.
Kejohanan yang berlangsung dalam suasana santai namun kompetitif ini telah menarik penyertaan seramai 64 peserta daripada pelbagai organisasi media arus perdana, penyiaran, dan digital. Antara agensi yang terlibat termasuklah TV3, Astro Arena, Bernama, RTM, New Straits Times, dan ramai lagi.

Keputusan kejohanan menyaksikan penguasaan daripada agensi penyiaran:
- Johan: Hanif Miswan dan Fathy Azlan (Astro Arena) – Membawa pulang RM1,000.
- Naib Johan: Hazwan Alias dan Syaheer Shahruddin (TV3) – Membawa pulang RM800.
- Tempat Ketiga: Johan dan Ozlynn (Hot FM) – Membawa pulang RM500.
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani, pemilihan sukan pickleball dibuat kerana sifatnya yang inklusif dan dinamik, yang membolehkan interaksi dua hala yang lebih terbuka antara pihak bank dan media.

“Media memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat tepat dan berintegriti kepada masyarakat. Melalui pendekatan libat urus yang santai ini, kami bukan sahaja mengeratkan kerjasama malah mewujudkan ruang interaksi yang membina,” ujar beliau.
Bank Rakyat komited untuk terus melaksanakan inisiatif strategik yang relevan dan berimpak tinggi bersama rakan media pada masa akan datang.
