Dulu waktu sekolah rendah, bila cikgu minta lukis gambaran masa depan, mesti kita akan lukis kereta terbang.
Mungkin gambaran yang kita lukis itu bakal menjadi realiti dalam masa beberapa tahun lagi. Menurut sumber dari NY Post, penganjur Sukan Olimpik Paris 2024 berhasrat untuk memperkenalkan ‘teksi terbang’ pada acara tahunan terbesar dunia itu.
Bagi merealisasikan hasrat itu, seramai 30 pengusaha aeronautik seluruh Eropah telah tersenarai untuk menjalankan penerbangan percubaan di Lapangan Terbang Pontoise di Cormeilles-en-Vexin, Paris. Nama-nama besar pengusaha aeronautik termasuklah Volocopter, Airbus, Vertical Aerospace and Ascendance, Lilium and Joby Aviation adalah antara 30 yang terlibat.
Penganjur Sukan Olimpik Paris 2024 juga bercadang untuk mewujudkan dua jalan udara untuk kegunaan teksi membawa atlet dan penyokong dari satu tempat acara sukan ke lokasi lain. Hasrat ini ingin dicapai bagi mengelakkan kesesakan luar biasa yang akan berlaku di Kota Paris sekitar temasya itu berlangsung.
Penerbangan percubaan ini juga secara tidak langsung memberikan peluang kepada dunia untuk menyaksikan sendiri bagaimana suatu bandar itu dapat mengurangkan kadar pelepasan gas karbon akibat penggunaan kenderaan bermotor. Inovasi dalam penerbangan terbaharu ini tidak akan menganggu laluan penerbangan komersial kerana ‘teksi terbang’ ini hanya akan terbang pada ketinggian bawah 300 meter.
Kalau jadi ni, min tak sabar nak tengok sendiri kereta terbang. Kalau ada rezeki lebih boleh cuba sendiri.
Baca: Motosikal Terbang Pertama Di Dunia Mampu Capai Kelajuan 100km/j Selama 40 Minit