in

Suka Makan Limau Mandarin Tiap Kali CNY? Ini 5 Kelebihannya Yang Ramai Tak Tahu!

Fi Limau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap perayaan pastinya ada makanan yang wajib tersedia di atas meja makan pada raya pertama. Contohnya, perayaan Hari Raya Aidilfitri takkan lengkap tanpa ketupat, rendang dan kuih raya. Bagi perayaan Deepavali pula, murukku dan laddu semestinya sentiasa terhidang untuk para tetamu.

Di samping itu, sudah semestinya perayaan Tahun Baru Cina juga ada makanan wajib kan? Jadi, salah satu makanan wajibnya ialah limau. Limau mandarin ni kalau makan sejuk-sejuk sambil tengok TV fuhh… memang layan!


Tapi korang tahu tak sebenarnya limau mandarin ni ada banyak kelebihan dia? Macam buah-buahan yang lain, buah limau mandarin ni pun beri banyak khasiat kepada kita. So, jom kita tengok 5 kelebihan makan buah limau mandarin ni!

Limau Mandarin Tahun Baru Cina 1140X570 E1549020667882

#1 Dapat beri ketahanan untuk menghalang penyakit

Kandungan pigmen tumbuhan beta-karoten dan beta-cryptoxanthin telah menjadikan limau mandarin berwarna oren. Ia juga merupakan antioksidan yang boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kanser.

Berbanding limau biasa, limau mandarin mengandungi lebih banyak pigmen tumbuhan ini dan membuatkan ia menjadi makanan tambahan yang sangat baik untuk pola pemakanan seseorang individu.

Bila kita makan limau mandarin, tubuh kita akan mengubah pigmen beta-karoten dan beta-cryptoxanthin itu menjadi vitamin A yang sangat penting bagi sistem kekebalan yang sihat, penglihatan yang baik serta perkembangan normal.

#2 Limau mandarin dapat kawal kolesterol

Selain boleh halang daripada terkena penyakit, limau mandarin juga merupakan salah satu makanan bebas kolesterol dan kaya dengan serat yang boleh membuatkan kita kenyang lebih lama.

Kandungan serat itu terbukti membantu dapat mengurangkan kolesterol LDL atau kolesterol jahat yang akan berkumpul dalam pembuluh darah dan boleh menyebabkan masalah jantung.

Jadi, dengan mengurangkan kandungan kolesterol LDL tersebut, seseorang individu itu juga dapat mengurangkan risiko terkena serangan jantung dan angin ahmar.

#3 Limau mandarin turunkan tekanan darah

Di samping itu, individu yang suka makan limau mandarin juga dapat menurukan tekanan darah mereka serta mengawal tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh merokok dan pengambilan makanan berlemak.

Seperti buah-buahan lain, limau mandarin juga kaya dengan serat yang boleh membantu menurunkan tekanan darah serta ia juga mengandungi potasium.

Tekanan darah juga dapat diturunkan kerana kandungan kalium yang membantu tubuh untuk membuang lebihan natrium (garam) dan dapat mengurangkan ketegangan pada dinding pembuluh darah dalam badan.

#4 Tulang jadi kuat

Anak Kuat

Bukan sekadar potasium dan kalium, limau mandarin juga mengandungi kadar kalsium dan magnesium yang boleh membantu untuk memadatkan mineral tulang dengan lebih tinggi.

Jadi, tulang akan menjadi lebih kuat dan tak mudah patah jika berlakunya sebarang kemalangan. Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi vitamin C yang sangat baik untuk membantu sistem kekebalan tubuh selain menjaga kesihatan kulit dan mempercepat proses luka sembuh.

#5 Usus jadi lebih sihat

Usus Halus.width 800.Jpegquality 80

Sekali lagi, kandungan serat dalam buah limau mandarin ini juga turut berkhasiat kepada sistem pencernaan manusia kerana kandungan serat tersebut akan membentuk gel dalam saluran penghadaman.

Ia akan menarik air ke usus bagi melembutkan najis dan memboleh proses membuang air besar berjalan dengan lancar. Bukan itu sahaja, limau mandarin juga sangat baik untuk menurunkan risiko penyakit kronik serta membantu untuk menurunkan berat badan!

Menarik juga kelebihan makan limau mandarin ni, jadi kalau jiran bagi limau mandarin raya nanti makan banyak-banyak tau!

Baca: Ibu Hamil Kena Alert! 5 Jenis Ubat Ini Boleh Sebabkan Cacat Janin Keguguran

Baca Limau

Sumber: Blog
Sumber: Blog
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.