Ibu kepada seorang pelajar perempuan kecewa selepas mendapat tahu anaknya dibuli sekumpulan pelajar yang termasuk anak kepada penyampai radio popular.
Wanita yang dikenali sebagai Siti itu berkongsi, insiden yang berlaku itu bermula dari Julai tahun lepas dan perkara itu semakin serius sehingga anaknya itu berdepan dengan gangguan mental serta emosi.
Artikel berkaitan: Tular Video Pelajar Perempuan Dib*li Dalam Tandas Sekolah, Polis Buka Siasatan
Artikel berkaitan: “Buku bertemu ruas, ramai sebenarnya dah jadi mangsa b*li & m*ki kau” – Nabila Huda
“Mereka satu sekolah sejak darjah satu, sekarang semua darjah enam tapi budak tu berlagak diva sebab mak ayah dia artis.
Semuanya bermula apabila sekitar lima orang pelajar termasuk anak penyampai radio itu, membuat satu group WhatsApp dan mula mengutuk warna kulit anak saya.
Makin lama makin teruk, sampai satu hari anak saya balik daripada sekolah dalam keadaan meraung dan menangis. Mereka juga ada niat nak pukul anak saya hingga dia alami tekanan emosi,” kata Siti.
Menurut mStar, Siti berkata sebagai seorang ibu dia tidak mampu berdiam diri apabila melihat perubahan terhadap anaknya, malah dia berkongsi anaknya itu sebelum ini seorang yang ceria dan aktif.
Siti kemudiannya tampil menyerahkan bukti tangkap layar mesej tersebut kepada pihak sekolah untuk tindakan lanjut.
Sumber: mStar