in

“Sudah terima 5 laporan” – Kes Buli Anak Tam Spider, Polis Buka Kertas Siasatan

syaz ft 2024 10 07T105513.524

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujung minggu lalu, vokalis kumpulan rock terkenal, Spider iaitu Rustam Mustafah atau lebih dikenali sebagai Tam Spider mendedahkan anaknya menjadi mangsa buli di sebuah sekolah berasrama.

Menurutnya, dia berasa kesal dengan pihak sekolah terbabit yang tidak peka dan tidak mengambil tindakan terhadap masalah buli di sekolah itu.


“Pada saya, kalau buli suruh masak mi segera, gosok baju dan tidak ada sebarang sentuhan, saya taklah anggap ia melampau walaupun masih lagi dikategorikan sebagai buli.

Tapi saya dimaklumkan ada kawan-kawan anak saya dibuli hingga pengsan dan ada yang pekak telinga. Ini yang saya rasa membimbangkan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tam Spider (@tam.mustafah)

Pelantun lagu Kasih Latifah itu juga berkata dia berasakan pihak sekolah itu seakan ingin ‘menutup’ atau ‘melindungi’ sesuatu pihak walaupun laporan terhadap pihak sekolah dan polis sudah dibuat.

Terbaru, pihak polis sudah membuka kertas siasatan susulan laporan yang dibuat oleh ibu bapa pelajar sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizme Affendy Sulaiman berkata setakat hari ini, lima laporan polis sudah diterima pihaknya berkaitan isu itu.

“Kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Kita sudah merakam percakapan mangsa dan kes masih dalam siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, Tam berkata dia akan meneruskan dengan tindakan sewajarnya sekiranya masih belum ada tindakan keras daripada pihak sekolah ke atas pembuli-pembuli itu.

Sumber: Harian Metro, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.