in

“Sudah-sudah lah” – Achey Mohon Ali & Hidayah Berdamai Demi Arwah Abam

ft achey mohon hidayah ali berdamar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah 4 tahun perbalahan antara Ali Puteh dan Hidayah dilihat masih belum menemui jalan penghujung, susulan itu, rakan seperjuangan arwah Abam iaitu Achey tampil memberikan respon berkenaan dengan hubungan antara Ali dan Hidayah yang ‘dingin’ setelah sekian lama.

Jelasnya, bukan hak dia untuk masuk campur kerana ia merupakan urusan antara ahli keluarga dan dia sama sekali tiada kaitan dengan hal ini.


Artikel berkaitan : “Disaat aku jatuh, diuji” – Ali Puteh Titip Penghargaan Buat Isteri, Netizen Bagi Pujian

Artikel berkaitan : ;”Saya datang nak bayar hutang tapi ditolak” – Ali Puteh Terkilan Adik Hidayah Masih ‘Cari Pasal’

Jelas Achey kepada mStar Online, dia lebih memilih untuk tidak memberikan sebarang komen bagi menjaga hati kedua-dua belah pihak. Bahkan, dia bersama Fad tidak dapat melawat mereka jika isu ini masih belum selesai.

“Sekiranya ia masih belum selesai, dia akan ada hanky panky di situ. Akan ada macam sebelah sini kata kita berpihak kepada sebelah sana, sebelah sana pula akan kata kita berpihak kepada sebelah sini.”

“Saya dengan Fad bukan berdiam diri, hanya doakan dari jauh je, untuk jenguk, ziarah, itu semua kita akan tunggu bila semuanya selesai.”

Screenshot 2024 03 19 171905

“Saya dan Fad ni dikira orang luar, siapalah kami nak masuk campur hal keluarga kan? Jadi, kita ambil inisiatif untuk doakan dari jauh sahaja. Semoga benda ini selesai dengan baik.”

Bahkan, Achey kongsikan yang dia dan Fad pernah cuba untuk damaikan pergaduhan antara Ali dan Hidayah tetapi gagal.

“Kalau dah selesai sahaja, Insya-Allah, macam-macam lah kita prepare kan. Kalau pihak sana bersetuju untuk kita hadir, sebab anak kawan kita kan, kita nak lah ada kita punya hasil tu ke arah dia.”

“Kami cuba menyelesaikan secara personal dengan mereka berdua tapi tak berjaya, jadi kita angkat kaki lah.”

“Jadi bila ada yang tanya-tanya kami tak bantu ke mereka, kita akan jawab itu hal ahli keluarga dan kami memang tak boleh masuk campur, jauh sekali, kami hanyalah adik beradik di dalam industri.”

Screenshot 2024 03 19 171932

Oleh itu, Achey memohon agar Ali dan Hidayah untuk berdamai kerana perbalahan ini sudah meleret sehingga 4 tahun dan minta mereka untuk muhasabahkan diri untuk fikirkan arwah Abam.

“Kalau memerlukan, kita akan cuba tanya dia, tapi setakat ini, masing-masing rasanya ok kot, kalau ditanya saya bila dah nak menjelang Adidilfitri ni, sudah-sudah lah.”

“Anak-anak dah mula membesar, mula faham, kita tak nak, anak-anak faham apa itu sifat benci, kalau boleh sebab itu adalah darah daging, cuba lah selesaikan dnegan elok.”

“Pesan saya kepada Ali dan Hidayah kalau kedua-duanya memikirkan tentang arwah tolong stop, jangan diwar-warkan.”

Apapun, kita doakan agar perbalahan sesama mereka ini selesai. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Sumber : mStar Online!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.