Semalam, keadaan bertukar kecoh apabila perlawanan Badminton Terbuka Malaysia tergendala akibat bumbung di Axiata Arena bocor dan membasahi gelanggang tersebut.
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memohon maaf kepada semua pihak, terutama penganjur dan peminat sukan badminton, berikutan insiden tersebut.
Artikel berkaitan: “Dalam kenangan” – Detik Terakhir Sebelum Bumbung Stadium Shah Alam Dirobohkan
Artikel berkaitan: Ingin Elakkan Isu Percampuran Bebas, Kerajaan Terengganu Asingkan Tempat Duduk Lelaki & Wanita Di Stadium
Dalam sebuah kenyataan, PSM menyatakan kebocoran itu berpunca daripada proses penggantian bumbung lama yang telah digunakan sejak 1998.
View this post on Instagram
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Iliyas Jamil, projek penggantian bumbung oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bermula pada pertengahan 2024 dan dijangka selesai dalam tempoh setahun, sepanjang tempoh ini, Axiata Arena tetap dibuka untuk apa-apa acara.
“Kebocoran berlaku akibat titisan air hujan yang terkena gelanggang, PSM bersama kontraktor bertindak pantas dengan mengalihkan air dan memastikan gelanggang boleh digunakan semula pada jam 8 malam.
Usaha tambahan dilakukan untuk mengelakkan masalah sama berulang pada hari berikutnya,” katanya.
Beliau turut mengatakan bagi memastikan kejadian ini tidak berulang, lebih 10 kakitangan akan ditugaskan di bahagian bumbung sepanjang kejohanan berlangsung.
Dalam pada itu, JKR dan kontraktor terus menjalankan kerja-kerja pembaikan yang diperlukan.
Sumber: Instagram