in

“Such lakunan drama dia ni”- PANAS! Chef Wan Dedah Menantu Tipu Konon Kahwin Pakai Duit Sendiri?

Collage 31 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, semalam Chef Wan telah memuat naik hantaran di Instagram menunjukkan dia telah disaman malu oleh bekas menantunya Shikin Maembong.

Ini berikutan isu dia menegur pertelingkahan yang berlaku di antara anaknya Chef Riz dan bekas isterinya mengenai isu hak penjagaan anak.


https://www.instagram.com/p/CZCLoOvLTtu/

Tak cukup dengan itu, melalui IG Story, Shikin telah tampil memberikan penjelasan dan berkata kos majlis perkahwinannya dengan Riz ditanggung 100 peratus oleh mereka berdua dari wang simpanan tanpa menggunakan duit Chef Wan.

Saya bukanlah jenis suka mengaibkan atau bercerita hal peribadi dalam IG. Tetapi memandangkan keadaan memaksa, saya harus menerangkannya.

Sebenarnya masa berkahwin dengan bekas suami duit perkahwinan adalah 100 peratus duit kami sendiri.

“Ketika itu, saya dan bekas suami membuat perniagaan Elken. Kami kumpul duit dan kahwin guna duit sendiri, tiada satu sen duit bekas bapa mentua.

“Apa yang dimuat naik adalah fitnah, jadi, semua perlu tahu hal sebenar.”

“Such lakunan drama dia ni”

Ekoran penjelasan dari Shikin ini, Chef Wan telah mendedahkan dakwaan mengatakan yang dia telah menanggung majlis perkahwinan anak lelakinya itu.

Menurut tukang masak ini, dia telah membayar makanan serta segala urusan pelamin ketika majlis perkahwinan itu diadakan di Ombak Asmara.

https://www.instagram.com/p/CaObx-1oF5w/

Such a liar! i asked my son semasa reception wedding di Ombak Asmara tu jika tak salah dinner for about 100 pax dan segala urusan pelamin siapa yg bayar dan uruskan?

I can bring my saksi2 ketika itu mcm aunty Florence and a few others yg ikut sama to help me arrange this ceremony and paid them my self!
I am sure i still can find the cheque bud itu.”

Chef Wan juga turut menafikan yang dia telah menfitnah bekas menantunya itu dan menuduh Shikin sebagai penipu. Katanya lagi, Riz mengaku yang dia tak cukup duit untuk buat majlis perkahwinan, kerana itu Chef Wan telah membantu mereka untuk berkahwin secepat mungkin.

Sorry my son did not have the money to marry u at the time ( i asked him kau nak kawin dgn betina ni cukup duit tak? Dia jawab no Pa, so i decided to help and arranged everything termasuk juga his first marriage saya taja 100% instead i choose to help them both get married secepat mungkin after saya dengar mcm2 cerita di belakang saya.

Wow cepat sungguh kau lupa jasa2 aku kawin kan kau orang atas hasil penat lelah aku bekerja lepas tu mengaku openly konon di FITNAH?”

Tambah Chef Wan lagi, tindakan Shikin ini sangat memalukan dan dia sendiri akan buktikan apa sebenarnya yang berlaku.

Its a disguting, shameful and embarrassing behaviour! I will proof apa yg dicanangkan satu dunia ini kononnya fitnah kita tengok siapa yg bakar siapa nanti!”

Alamak makin banyak pula benda yang didedahkan. Harap-harap kes di antara keluarga Chef Wan ini dapatlah diselesaikan secara baik.

 

Baca: Bekas Menantu Nak Saman Chef Wan RM 1 Juta Gara-Gara Ditegur?

Chef Wan Shikin Maeembong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.