in

“Suami saya baik, tak pandai marah” – Isteri Sabari Baharom Tak Dapat Terima Kekejaman Terhadap Suami

syaz ft 2024 10 02T105358.128

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu kes yang berlaku baru-baru ini sangat menyayat hati, di mana seorang pesara Felcra disahkan telah dicampak ke dalam sungai selepas hampir sebulan hilang.

Isteri kepada Sabari Baharom tidak dapat menerima perbuatan kejam suspek yang sanggup mencampakkan suaminya ke sungai dalam keadaan masih bernyawa.


Artikel berkaitan: “Lepas ayah hilang, suspek hilang” –  Anak Sabari Bahrom Dedah Bapa Sering Beri Suspek Guna Air & Elektrik

Artikel berkaitan: “Sanggup buang ayah dalam sungai”- Dipercayai Dib*nuh, Ini Kronologi Kehilangan Sabari Baharom

Subhiah Roslina Shahibi menerusi Kosmo! berkata hukuman setimpal perlu dikenakan ke atas dua suspek berusia 26 dan 38 itu.

“Pada saya perbuatan mereka kejam sebab suami saya umur 62 tahun, yang buat itu pula macam peringkat anak iaitu umur 26 dan 38 tahun.

Bagi saya kejam sebab orang yang masih bernyawa dicampakkan (ke dalam sungai) seperti itu,” katanya.

b9077cd9 547c 48b3 bed3 29ffd86fe3ee 681x536 1

Subhiah berkongsi dia masih tidak tahu motif sebenar kes itu namun tidak menolak kemungkinan suaminya itu disamun sehingga diperlakukan sebegitu rupa.

Dalam pada itu, dia juga berkongsi suaminya itu seorang yang sangat baik dan tidak pandai marah, kemungkinan disebabkan karakternya itu ada yang mengambil kesempatan terhadapnya.

Sementara itu, katanya, dia tinggal di Kuala Lumpur dan masih bekerja di Felcra serta tidak mengenali suspek.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.