in

Suami Pergi Lepak, Isteri Bagi Pesanan Suara ‘Warning’ Suami Suruh Balik

Untitled Project 89

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi lelaki, bukan mudah untuk mereka keluar lepak bersama rakan mereka selepas bergelar suami. Menjadi satu keajaiban sekirnya suami dapat ‘keluar sarang’, itu pun kalau isteri memberikan kebenaran untuk lepak.

Namun, jika diberi kelonggaran untuk keluar lepak maka seharusnya para suami lebih peka tentang masa yang dihabiskan bersama rakan.


Satu video tular di Tiktok, seorang isteri memberi pesanan suara kepada suami yang sedang lepak keluar bersama rakan.

Artikel berkaitan: Wanita Sanggup Buat 4 Kerja Bantu Suami Walaupun Hidap ‘Slip Disc

Artikel berkaitan: “Gaji kau dah lah ciput” – Suami Hidup Mengharap Duit Isteri Dikecam Netizen Sebab Complaint ‘Bini Tak Kasi Lepak’

Pesanan suara itu memberi pilihan kepada suami untuk memilih nombor satu hingga empat yang terdapat amaran yang berbeza.

Gelagat si isteri memberi pesanan itu membuatkan netizen yang melihat video terhibur dan memberikan pelbagai komen.

Si isteri juga sempat memberi amaran jika tidak pulang sebelum jam 2 pagi pintu rumah akan dikunci.

“Lain macam bang dia warning.

“Siapa ada pilihan yang mana satu tapi yang no empat tu scary betul.

“Habis lar isteri-isteri akan start buat macam ni,” antara komen netizen.

Dengar cerita sampai sekarang si suami tengah fikir nak pilih yang mana.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.