Satu perkongsian di Thread menjadi tumpuan warganet apabila terdapat satu kes perceraian yang berlaku gara-gara berebut untuk menonton rancangan di TV.
Berdasarkan hantaran yang dimuat naik oleh Syafiq Yuhaizad, perceraian itu berlaku kerana si anak yang merengek ingin menonton filem yang berjudul K-Pop Demon Hunters di Netflix sementara si bapa pula ingin menonton program lain.
Artikel berkaitan : “Saya tahu banyak komen negatif” – Isteri Fikry Ibrahim Akui Tidak Terburu-buru Fail Cerai
Artikel berkaitan : “Ada yang end up cerai” – Bekas Pekerja – Suami Bekas Peserta Kongsi ‘Modus Operandi’ e-Hati
Disebabkan itu, si anak menangis namun tidak ditenangkan dan ia membuatkan si ibu campur tangan dan terkeluar ayat yang membuatkan si isteri terkedu iaitu “kita bercerai sahajalah” dalam keadaan marah.
Menurut Syafiq, keesokan harinya, mereka ke Pejabat Agama untuk mengadu dan memohon pengesahan lafaz cerai itu di Mahkamah Syariah.
Jelas Syafiq, perkara ini mungkin terjadi kerana ada perkara yang sudah lama terpendam namun tidak diluah dan bebanan itu tidak dikongsi.
“Apapun, sebagai lelaki… berhati-hatilah dengan apa yang dilafazkan. Kerana walau semarah mana sekalipun, selagi mana anda masih waras dan tidak hilang akal, lafaz talak boleh jatuh dan sah di sisi hukum. “
Bagaimanapun, Syafiq menjelaskan dia tidak mengikuti perkembangan selanjutnya terhadap kes tersebut dan tidak tahu apa yang berlaku selanjutnya namun perkongsian ini telah menarik perhatian netizen.
Ia mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang bersetuju dengan Syafiq bahawa mungkin si suami dah lama pendam sesuatu, ada yang mempertikaikan si suami yang dianggap tak fikir panjang dan ada juga tertanya-tanya jika lafaz cerai sebegitu sah atau tidak.
Haraplah pasangan ini baik-baik sahaja dan mungkin ia boleh dijadikan teladan buat pasangan lain di luar sana agar sentiasa kawal perasaan dan berkomunikasi sesama sendiri.
Sumber : Thread