in

Suami Kerja Sebagai Badut Tanggung Keluarga, Kisah Inspirasi Wanita Ini Buat Ramai Sebak

f1 suami kerja sebagai badut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di Malaysia sekarang ini, tak dapat dinafikan yang memang agak sukar untuk dapatkan pekerjaan. Jadi, untuk kelangsungan hidup, ramai antara kita yang terpaksa bekerja di luar bidang, tapi tak apa, sebab yang penting, kerja yang kita buat itu mendatangkan rezeki yang halal.

Baru-baru ini, seorang wanita di TikTok ada berkongsikan kisah tentang suaminya yang bekerja sebagai badut untuk menanggung mereka sekeluarga. Perkongsian wanita itu telah meraih 3.6 juta tontonan daripada pengguna TikTok.


Salina Aziz atau dikenali sebagai nolynjoy di TikTok berkongsi kisah bagaimana dia dan suaminya berkahwin beberapa tahun lepas.

Pada mulanya, Salina memberitahu ibunya bahawa dia mahu berkahwin dengan jejaka pilihannya yang bekerja sebagai badut.

Alhamdulillah, ibunya merestui perkahwinan mereka kerana menurut ibu Salina, yang penting kerjanya halal.

Artikel berkaitan: “Rezeki milik Allah” – Miliki Degree Dalam Bidang Kimia, Gadis Reda Bekerja di KFC

Artikel Berkaitan: “Boleh kawal guna phone je” – Pemuda Kongsi Teknologi ‘Berkebun Atas Talian’

Salina dan suaminya kemudiannya berkahwin setelah tujuh bulan bertunang. Namun, apa yang menjadi inspirasi kepada orang ramai ialah suaminya yang rajin bekerja sebagai badut untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Meskipun pada mulanya bayaran sebagai badut di majlis-majlis tidaklah tinggi, namun Salina juga tetap setia menemani suaminya bekerja.

Selain menjadi badut, pasangan ini juga tetap menjalankan perniagaan lain seperti berniaga makanan.

Tak lama kemudian, Salina yang pandai melukis pula menawarkan servis face painting, jadi mereka berdua menawarkan pakej combo iaitu badut dan face painting untuk majlis-majlis seperti hari jadi kanak-kanak.

1 1 1

Servis mereka juga lama-kelamaan makin berkembang dan mereka menambah servis baru iaitu mascot karakter kegemaran kanak-kanak.

Salina yang mempunyai kemahiran menjahit juga akan menjahit kostum badut yang baru buat suaminya setiap tahun.

2 1

Kini, berkat kerajinan pasangan ini, mereka berdua juga pernah ditawarkan bekerja di atas kapal persiaran dan mereka juga membawa anak dan ibu bersama mereka.

3

Salina turut berkongsi bahawa sebelum ini, ada makcik ‘bawang’ yang pernah mengatakan kepadanya bahawa pekerjaan sebagai badut tak boleh menjamin masa depan.

Namun, kini Alhamdulillah juga, dengan pekerjaan suaminya itu, mereka sekeluarga mampu bercuti, menunaikan umrah dan membeli rumah.

Terbukti kata-kata makcik tersebut salah kerana dalam kehidupan ini, jika kita rajin berusaha, Insya Allah pasti berjaya.

Rara-rata pengguna TikTok mengatakan kisah Salina dan suaminya ini telah menjadi inspirasi kepada mereka untuk sentiasa rajin serta bersyukur dengan setiap pekerjaan dan rezeki kita. Yang penting, rezeki halal kan. 

Sumber: TikTok @nolynjoy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.