in

Suami Isteri Kumpul Syiling Selama Dua Tahun Akhirnya Dapat Beli Kawasaki Ninja Idaman!

Motor Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kecil kita sering diingatkan agar berjimat cermat dan menabung untuk kebaikan diri sendiri sebagai contoh untuk kegunaan ketika menyambung pelajaran. Kisah ini sememangnya sangat sesuai dengan perumpaan ‘sikit-sikit lama-lama jadi bukit’.

Pasangan suami isteri dari Madiun, Jawa Timur baru-baru ini meraih perhatian ramai selepas beberapa gambar mereka membeli motosikal tular di internet.


Coin 4
sumber: instagram

Menurut Warta Kota, Eko Margono dan isterinya, Ernawati menjadi inspirasi ramai netizen selepas mereka berjaya mendapatkan motor idaman mereka, Kawasaki Ninja 250 Fi menggunakan duit simpanan semata-mata!

Motor 1
sumber: facebook

menabungt!

Coin 5
sumber: instagram
Coin 6
sumber: instagram

Pasangan itu dikatakan mengumpul duit syiling selama dua tahun untuk mencukupkan jumlah sehingga 42juta rupiah (RM13,015).

Setiap hari, duit syiling yang mereka peroleh akan disimpankan di dalam bekas roti dan tanpa mereka sangka, dalam hanya 2 tahun mereka berjaya mengumpulkan wang sebanyak itu.

Duit
gambar hiasan

Kisah mereka tular selepas akaun Instagram kedai menjual motor jenama Kawasaki itu memuat naik beberapa gambar dan kapsyen pada Rabu, 8 September.

“Semua boleh miliki Ninja! Tahniah buat Encik Eko Margono dan Puan Ernawati. Impian selama dua tahun akhirnya tercapai hari ini.”

Namun, difahamkan motor tersebut pada ketika ini bernilai lebih daripada 42juta rupiah. Jadi, ramai beranggapan mungkin pasangan itu menambah sedikit dengan wang yang mereka ada bagi mencukupkan jumlah untuk membeli motor tersebut yang bernilai 58.9juta rupiah (RM18,253).

Wah, sikap rajin menabung diamalkan pasangan ini ternyata membuahkan hasil buat mereka. Tahniah!

Baca: Lelaki Kumpul Wang Kertas Setiap Hari, Beli Kereta Untuk Isteri 6 Tahun Kemudian

Kumpul 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.