Pasangan suami isteri hari ini telah mengaku tidak bersalah di mahkamah hari ini atas dua tuduhan senjata api berlainan.
Syarifah Faraha Syed Husin yang berusia 41 tahun hari ini telah didakwa dengan pertuduhan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api kerana memiliki sepucuk pistor jenis LUGER.
Sementara suaminya, Abdul Azim Yasin yang berusia 43 tahun telah didakwa di bawah Seksyen 9 Akta Senjata Api kerana mengetahui isterinya memiliki pistol berkenaan.
Jika didapati bersalah, Faraha dan Azim boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan Azim juga boleh dikenakan hukuman sebanyak enam sebatan.
Namun begitu, kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah di hadapan Mahkamah Sesyen Klang.
Artikel berkaitan: “Masuk Malaysia guna pasport Perancis” – Polis Tahan Lelaki Israel Bersama 6 Pucuk Senjata Api Di KL
Artikel berkaitan: “Terlepas pandang” – Isu Kurma Dari Israel, Syarikat Matahari Mohon Maaf
Suami isteri mengaku tidak bersalah membeli senjata api untuk dijual kepada seorang warga Israel, di Mahkamah Sesyen Klang hari ini.
Sharifah Faraha Syed Husin, 41, didakwa atas pertuduhan memiliki sepucuk pistol jenis LUGER.
Sementara itu, suaminya didakwa atas pertuduhan… pic.twitter.com/FPWQZxIxZ9— Ima Liana Esa (@imalianaNewsMPB) April 8, 2024
Menurut kertas dakwaan, pasangan ini dikatakan telah melakukan kesalahan-kesalahan tersebut pada jam 8 malam pada 29 Mac lalu di sebuah rumah yang terletak di Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor.
Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar tidak membenarkan pasangan ini diikat jamin dan telah menetapkan 11 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes.
Manakala, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain mengatakan bahawa Shalom Avitan, warga Israel yang ditahan di Kuala Lumpur bulan lalu bersana enam senjata api dan 200 peluru pula dijangka akan didakwa di mahkamah pada minggu ini.
Tambahnya lagi, pihak polis masih menyiasat Avitan dan tujuan sebenar dia datang ke Malaysia.
Media Israel melaporkan bahawa Avitan yang turut mempunyai kaitan dengan keluarga penjenayah Musli brothers telah datang ke Malaysia untuk membunuh ketua kumpulan penjenayah yang juga musuh mereka ekoran pergaduhan yang berlaku di antara dua keluarga penjenayah tersebut.
Sumber: FMT