in

Suami Dibenarkan Teman Isteri Bersalin, Tertakluk Pada SOP KKM

Untitled Design 2022 03 10T122706.196

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disepanjang musim pandemik ini, banyak standard operation procedure (SOP) yang dijalankan bagi membendung wabak Covid-19.

Antara tempat yang paling mementingkan SOP adalah di hospital, sebelum ini tiada lawatan hospital dibenarkan dan begitu juga dengan suami atau waris terdekat yang ingin menemani isteri ketika bersalin.


Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Twitter telah menyatakan suami atau waris terdekat yang ingin menemani isteri ketika bersalin sudah dibolehkan mengikut beberapa kriteria dan SOP yang ditetapkan.

Dalam tweet tersebut, KKM memberitahu waris terdekat atau suami yang ingin menemani isteri bersalin perlu lengkap divaksinasi, mereka juga diwajibkan untuk membawa keputusan ujian saringan Covid-19 atau melakukan ujian kendiri dan bawanya ke hospital untuk disaring di tempat yang disediakan.

Dalam thread yang sama, KKM menyatakan polisi serta garis panduan yang dikeluarkan ini adalah bersifat dinamik dan bergantung kepada situasi Covid-19 semasa.

Selain itu, ia juga tertakluk kepada situasi serta kapasiti atau kekangan tertentu di hospital tersebut.

KKM juga menyatakan, tujuan SOP ini dilakukan untuk mengutamakan penjagaan rawatan pesakit, keselamatan pesakit dan petugas kesihatan, malah mereka juga merupakan merupakan golongan yang berisiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19.

Semoga kita terhindar daripada wabak ini!

Baca: [TERKINI] “Boleh rapatkan saf” – Fasa Endemik Bermula 1 April, Ini 8 Perkara Diumumkan PM

Untitled Design 2022 03 10T122059.195

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.