Seorang suami menyifatkan bahawa menanggung segala kos selepas isteri bersalin adalah tidak wajar baginya kerana mereka sama-sama ‘menghasilkan’ zuriat tersebut.
Pendapat sebegitu dikongsikan oleh seseorang kepada pengguna laman sosial X ini dan individu tersebut meminta para suami untuk tampil memberikan pendapat mengenai hal tersebut. Bagi lelaki itu, untuk mendapatkan anak, ia adalah persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.
Artikel Berkaitan : “Kok ziarah kubur pakai celana pendek?” – Nia Ramadhani & Suami Dikecam Gara-gara Tak Menutup Aurat Ketika Menziarah Kubur Bapa
Artikel Berkaitan : “Terpaling laki call” – Ira Kazar Angkat Call Suami Ketika ‘Live’ Tapi Dikecam Netizen
Soalan itu ditanyakan secara anonymous dan pada mulanya, tuan empunya laman sosial X ini fikirkan bahawa lelaki ini hanya main-main namun setelah ditanya soalan yang sama buat kali kedua, ia seperti satu soalan serius.
“Sampai dua kali tanya ni, bukan soalan troll or buat buat ni. Bayar ja semua bang. Memang buat anak dua-dua. Tapi yang bawa 9 bulan, kena gunting, sakit badan itu ini semua perempuan rasa.”
Menjengah ke ruangan komen, ramai orang yang marah dengan si suami yang dianggap berkira, bahkan ia juga telah mengundang kritikan sinis terhadapnya.
Haih, min pun tarik nafas panjang je bila baca soalan lelaki ni.
Sumber : X