in

Suami Berhubung Dengan Ex-GF Masa Sekolah, ‘Gertak’ Halau Mak Mentua & Anak Keluar Rumah

ft suami curang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dapat bayangkan betapa luluhnya hati si isteri ini apabila mendapat tahu yang suaminya main kayu tiga, pasti rasa marah bercampur sedih tetapi terpaksa dipendam kerana suaminya itu jenis yang suka pijak kepala.

Difahamkan, suami kepada wanita ini berhubung dengan bekas teman wanita lamanya dan lebih keji lagi, wanita tersebut berstatus isteri orang.


Artikel berkaitan : Suami Curang Berzina Siap Rakam Video, Isteri Tanggung Derita Hidap HIV

Artikel berkaitan : Wanita Kongsi Kisah Penyondol Dalam Keluarga, Kakak Ipar Mengandungkan Anak Suami Sendiri

Menurut sumber, si isteri ada kongsikan gambar tangkap layar mesej daripada wanita yang didakwa menjadi penyondol suaminya itu.

Screenshot 2024 07 22 160718

Screenshot 2024 07 22 160747

Jelas si isteri tersebut, bekas teman wanitanya itu dikatakan bercinta katika zaman persekolahan lagi, jadi mereka kembali berhubung dan suaminya melayan, kononnya wanita itu adalah cinta pertamanya.

“Dia isteri orang, ada anak. Ex suami masa zaman sekolah. Tiba-tiba sekarang datang balik dan cari suami, mungkin sebab dia ada masalah dengan suami dia.”

“Suami pun melayan la dia. Kononnya dua-dua tak boleh move on, cinta pertama.”

Sudah pastinya si isteri ini mahu berpisah dengan suaminya kerana tidak sanggup menderita. Namun dia seorang suri rumah yang hanya bergantung harap dengan tanggungan suaminya sahaja.

“Nak failkan cerai, saya tak ada langsung tempat nak pergi. Tak ada kerja, tak ada duit. Dengan mak yang tak sihat, dengan anak-anak.”

“Nak stay, hati dah sakit sangat dan rasa diri ni bodoh pula. Boleh ke saman perempuan macam ni. Tapi saya tahu suami akan buang saya. Sekarang pun dah kena ugut, kalau jumpa perempuan ni, dia nak halau mak, saya dan anak-anak.”

Jelas isteri ini suaminya berubah sampaikan membeli telefon bimbit baharu kerana dikatakan mahu menghubungi bekas kekasihnya ini.

“Selama ini berkongsi satu phone je bertahun, semuanya ok. Baru seminggu lepas suami beli phone lain dan ya, cinta lama bertaut kembali.”

Luahan yang diberikan menerusi Facebook itu telah membuatkan ramai netizen marah dan mengutuk sikap si penyondol yang dianggap seperti tiada harga diri itu.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.