Aidilfitri dah nak dekat, rasanya mesti ramai yang tak akan lepaskan peluang untuk menghias rumah masing-masing. Barulah terasa meriah suasana raya. Korang dah mula deko rumah ke belum?
Masa inilah berlumba jiran tetangga nak tunjukkan kebolehan dan kreativiti masing-masing menghias rumah mereka. Ada yang dah mula pasang lampu ‘lip lap’ raya, beli dan pasang langsir baru, cat rumah dan pasang pelita buluh. Tak sabar pulak nak raya!
Namun, lain pula ceritanya dengan video yang dikongsikan oleh seorang lelaki di TikToknya @zameerpentbrush ini yang dah pecahkan stereotaip hias rumah untuk sambut raya.
@zameerpentbrush Maafla rumah saya rumah papan je.tp raya tetap jadi!! Jom la od od..#dekorasirumah #mural #kampung #raya #pentbrush
Tak seperti orang lain yang menghias rumah untuk sambut Syawal, lelaki yang lebih dikenali sebagai Zameer ini lebih memilih untuk membuat lukisan mural bertemakan raya di rumahnya sendiri. Fuh, hebat betul abang ni!
Menerusi video yang telah mendapat lebih daripada 939k views ini, jelas dapat dilihat yang Zameer melukis dinding rumah papannya dengan membuat corak seperti batik, ruangan dapur yang kelihatan tradisional serta tingkap klasik rumah kampung zaman dahulu.
Apa yang menariknya tentang lukisan mural tersebut ialah sekali pandang, nampak seolah-olah ia ‘hidup’ dan boleh dipegang. Boleh nampak juga yang Zameer sangat fokus dan teliti dalam meletakkan setiap detailing kecil seperti warna dan garisan pada corak.
Dalam video itu juga terdapat media yang tengah buat liputan dan menemu ramah tentang hasil seni lelaki ini yang memang kreatif serta layak mendapat perhatian umum.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang memuji serta minat dengan hasil seni Zameer yang dianggap unik, kemas serta jarang dibuat orang untuk sambut Syawal.
“Tangan emas bro..minat betul saya dengan lukisan ni ??” – Komen netizen
Wahh, memang kreatif dan berbakatlah abang ni. Mesti lagi semangat nak raya!
Baca: “Gara-Gara ‘Upload’ Lukisan Satira Beruk Pakai Tengkolok, Fahmi Reza Kini Ditahan Polis”