in

Kerajaan Bincang Keperluan Lanjut Cuti Sekolah Disebabkan Cuaca Panas, Ini Cadangan Dari Netizen

Cuaca Panas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan harus berbincang mengenai kemungkinan lanjutan cuti sekolah. Perkara ini dibangkitkan susulan fenomena cuaca panas melampau yang melanda negara ketika ini sehingga menyebabkan kematian dua kanak-kanak.

Memetik laporan MalaysiaKini, Zahid berkata, urus setia Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara sudah bermesyuarat dan melaksanakan usaha penyelarasan dengan pelbagai kementerian serta jabatan yang berkaitan.


Screenshot 2023 04 29 At 12.35.46 Pm

Tambah beliau lagi, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara,  koordinasi dan kerjasama dengan pihak kerajaan negeri, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa tempatan akan dilakukan bukan sahaja untuk memantau tetapi juga membantu mereka yang terkena strok haba disebabkan perubahan cuaca ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut mengingatkan rakyat agar mengambil langkah berjaga-jaga susulan fenomena haba panas itu.

Cadangan Netizen

Menyentuh mengenai isu cuaca panas melampau dan strok haba ini, ramai netizen mencadangkan untuk kerajaan memberi pertimbangan bagi kebaikkan pelajar sekolah. Ini antara beberapa cadagan baik yang mungkin boleh dilaksanakan.

Screenshot 2023 04 29 At 12.31.59 PmSetuju. Hanya perlu tangguhkan aktiviti luar bilik darjah. Jangan jemur anak-anak kita bawah matahari yang panas ni. 

Screenshot 2023 04 29 At 12.32.17 PmCadangan yang baik dan tak melibatkan kosyang tinggi adalah kelonggaran kepada uniform sekolah. Panas weh pakai blazer dan tali leher setiap hari. 

Screenshot 2023 04 29 At 12.32.49 PmMungkin Kementerian Pendidikan boleh kembalikan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah macam waktu kita lalui pandemik Covid-19 dulu. Sekolah tetap diteruskan, tapi secara online dari rumah.

Screenshot 2023 04 29 At 12.34.19 PmMungkin pihak sekolah dan PIBG boleh usahakan bekalan air kosong kepada semua murid di sekolah. Galakkan minum air kosong untuk kekal hidrat sepanjang cuaca panas melampau ni. 

Baca: Air Dalam Badan Kering & Organ ‘Hangus’, 2 Budak Di Kelantan Maut Akibat Strok Haba

Screenshot 2023 04 29 At 12.38.47 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.