Bilangan kes positif Covid-19 di Sabah makin meningkat tiap hari. Kita tak tahu apa yang dilalui penduduk di sana dan macam mana kehidupan sehari-harian dalam keadaan pandemik sekarang ni. Kesihatan mental pun boleh terjejas.
Semalam berlaku satu insiden di sebuah hospital di Sabah dimana seorang lelaki yang disahkan positif Covid-19 telah terjun dari tingkat 6 hospital berkenaan. Korang boleh tengok tweet @redzuanNewsMPB kat bawah ni.
Nasib baik selamat
Menurut laporan Harian Metro, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 malam itu, lelaki berumur 64 tahun itu terselamat selepas tersangkut di bumbung tingkat tiga hospital itu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Kominsioner Habibi Majinji berkata, mangsa ditempatkan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS) selepas didapati menghidap kanser dan positif Covid-19.
Mangsa dipercayai mengalami tekanan sebelum bertindak untuk berbuat demikian. Walaubagaimanapun, pihak polis akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Mangsa sedang dirawat di hospital sama selepas diselamatkan pasukan Bomba & Penyelamat dari Lintas dan Kota Kinabalu.