in

“Stop merokok dekat orang yang tidak merokok!” – Tunang Wanita Meninggal Akibat Hidu Asap Perokok

Rokok 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) tahun lepas, kira-kira 20,000 rakyat negara ini telah dianggarkan maut akibat merokok pada setiap tahun. Masalah ini kian membimbangkan apabila bilangan perokok kian meningkat saban tahun sungguhpun sudah banyak usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan.

Namun tidak ramai yang tahu, menghidu asap rokok secara berlebihan juga boleh menyebabkan kematian meskipun mangsa bukanlah seorang perokok. Baru-baru ini, tular sebuah kisah menyayat hati di Facebook yang menceritakan kisah seorang wanita bernama Dela Noor Defasa dari negeri seberang yang kehilangan tunangnya akibat maut dijangkiti penyakit paru-paru, lapor Coconuts.


26055887 395282250909341 7977208239118360437 N
sumber: facebook
26166310 395282174242682 3959960326339435883 N
sumber: facebook

Menurut entri yang dikongsi Dewi Sartika, tunang Dela seorang perokok pasif (tidak merokok tetapi menghidu asap rokok secara berlebihan) telah bertarung dengan penyakitnya hampir setahun sebelum meninggal pada 19 Disember tahun lalu.

“Allah lebih sayang kamu Aa, Allah penat lihat kamu keluar masuk hospital setiap bulan. Allah juga mungkin sayang aku yang dia tak mahu aku sedih lihat kamu sakit-sakit setiap malam, bangun menahan dada kanan kamu yang terasa sakit.

“Kamu menyerah disaat 19 hari kamu berjanji akan mengirarkan janji suci itu,” tulis Dela yang sepatutnya bernikah dengan tunangnya pada 6 Januari lalu.

26195890 395282274242672 3155311886330202122 N
sumber: facebook
26166702 397198737384359 4812017131393340176 N
sumber: facebook

Tunang Dela telah meninggal dunia pada usia yang muda iaitu 24 tahun dan mereka pula sudah menjalin hubungan cinta selama tujuh tahun lamanya.

Kisah yang dikongsikan Dewi itu menjadi tular di Indonesia dan mendapat perkongsian sebanyak 80,000 kali di Facebook sejak ia dimuat naik pada 29 Disember 2017.

Namun kini apa yang dibimbangkan, mampukah kisah sedih sebegini meningkatkan nilai kesedaran dalam kalangan orang awam serta pihak berkuasa untuk meningkatkan lagi penguatkuasaan undang-undang terhadap para perokok tegar untuk tidak merokok di kawasan awam?

26167975 397201807384052 4644265653066027001 N
sumber: facebook
26169319 397198880717678 2448052044333171477 N
sumber: facebook
26166483 395282330909333 3798211831929377642 N
sumber: facebook

Isu ini seperti ini juga bukanlah baru kerana terdahulu seorang bayi berusia 11 bulan dari Indonesia juga meninggal dunia akibat terhidu asap rokok berlebihan. Apa-apapun, sama-samalah kita ambil kisah ini sebagai pengajaran dan jangan biarkan orang yang kita sayang pergi disebabkan asap rokok yang berbahaya.

Sebelum nak hisap rokok tu, cuba tengok kiri kanan ada siapa. Kasihan mereka yang tak bersalah jadi mangsa.

Baca: “Sebelum cucuh rokok tu, tak tengok kiri kanan ke? Anak aku betul-betul sebelah kau…” 

Rokok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.